Rahsia Networking 1

Jam laptop aku menunjukkan pukul 5:04 AM. Hari ini, entah mengapa tak boleh nak lelap mata. Selepas solat tahjjud dan sedikit update untuk page http://rajakamil.com/iklan aku tefikirkan apa yang telah aku borak-borak dengan seorang kawan hampir setengah tahun yang lepas.

Antara perkara yang kami borakkan ialah, apa rahsia mamak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, orang mamak ini, networkingnya sangat hebat.

Baiklah, aku akan bawa satu case study (not real, but practical)
Marwan seorang saudagar dari India bercadang ingin membuka restoran Roti Canai Kari Kepala Ikan. Dengan modal yang agak terhad, Marwan berjumpa dengan pengurusi sebuah persatuan mamak.
Setelah beberapa kali berbincang, pengrusi tersebut bersetuju untuk memodalkan Marwan, tapi dengan syarat. Syaratnya, Marwan mesti mengambil bekalan dari persatuan tersebut.

Marwan bersetuju. Setelah melihat harga-harga bahan mentah, Marwan mendapati, harga bahan mentah tersebut, jauh lebih murah jika dia sendiri mendapatkannya, walaupun di Giant Manjung atau Econsave Setiawan.

Persoalannya. Bagaimanakah persatuan tersebut dapat membekalkan harga bahan mentah yang sangat murah kepada Marwan ?

Jawapannya sangat mudah.
Baiklah, aku tanya satu soalan. Bagaimana kau nak dapatkan harga murah?
Jawapannya, beli SUPER borong. Maksudnya, beli barang-barang dengan sangat banyak.
Jika itu sahaja belum boleh buat harga bahan mentah murah gila-gila.

AWAS !!! :SILA BACA BETUL-BETUL DI BAWAH INI
Sebenarnya, bukan Marwan seorang yang meminta bantuan daripada persatuan itu. Beitu juga dengan persatuan mamak, mereka bukan hanya membekalkan bahan mentah kepada 10, 20, 30 orang, bahkan beratus-ratus orang.

Cuba kau kira ini.
Harga Runcit Beras 10KG = RM30
Harga Borong Beras 10KG = RM8
Harga SUPER Borong Beras 10KG = RM5
(Anggaran kasar)

Daripada harga di atas sahaja kau dah boleh nampak.

Itu yang PERTAMA.

Yang KEDUA
Kau tahu kenapa peruncit tak nak buat sos cili jenama dia sendiri ? Sebabnya, kos pembuatan adalah tinggi.
Lagi satu, siapa yang nak beli sos cili kau? Apa hebatnya kau sehingga orang nak beli sos cili kau.
Ya, masalah utama ialah PASARAN.
Jika aku nak buat sos cili sendiri, kos sebotol (kecil) mungkin jatuh RM3.00, itupun jika aku buat untuk 100 botol di mana, aku adalah mandur, kuli cuci botol dan aku jugalh mesin masukkan sos cili dalam botol.
Tapi, bagi persatuan mamak, mereka boleh menghasilkan sos cili mereka dengan yakin kerana

PASARAN tetap sudah ada. Siapa ? Sekurang-kurangnya sudah ada 100 pemilik restoran yang akan ambil dari Persatuan Mamak itu.
Jika setiap pemilik restoran tadi mengambil stok 30 untuk sebulan, sekurang-kurangnya 3000 botol sos cili sudah berjaya dipasarkan.
Ingat, itu baru 100.

Yang Ke-3
Bahan mentah dari ladang sendiri. Aku ada perasan dalam komen di bawah memberitahu bahan mentah diimport terus dari India. Ya, betul tapi bukan semua.
 Aku teringat di suatu kawasan di Batang Kali, Selangor, ada masyarakat India menanam pokok kari. Betul-betul sebelah jalan besar.
Agak-agak kaulah, apa kau akan buat dengan daun kari banyak-banyak? Nak giling kari pun tak reti !
Sama seperti Yang Kedua tadi, cutting cost. Mereka cuba semaksimum mungkin memotong kos-kos bahan mentah.

Mari sama-sama kita listkan kos-kos bahan mentah :

  1.  Bahan mentah itu sendiri
  2. Kos Storage
  3. Kos pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain
  4. Kos pemprosesan (mesin)
  5. Kos buruh
    1. Manager
    2. Mandur
    3. Teknisyen
    4. Pekerja Senior
    5. Pekerja Junior
Itu jika kau OUTSOURCE tugas-tugas mendapatkan bahan-bahan mentah. 
Dengan memiliki sendiri sumber bahan mentah, mari kita tengok, apa yang kau boleh POTONG (Cutting cost)

  1.  Kos pengangkutan, kau boleh jimat bila kau sendiri yang bawa ke suatu tempat. Mungkin ada meeting.
  2. Mesin mungkin kau tak perlu. Kalau perlu abaikan ini.
  3. Kos buruh. Kau tak perlu manager, mandur dan pekerja senior. Kalau tak pakai mesin, teknisyen pun tak payah. Kalau kau nak tahu, inilah salah satu cara Air Asia, hieraki pekerja tu tidak banyak lapisan.
Sebenarnya banyak lagi rahsianya.

PS: Memang lah kau tak nak bukak restoran mamak, tapi takkan kau taknak beli apa-apa jenis bahan mentah atau barang-barang dengan harga yang jauh lebih murah ?

PSS: Aku bukan economist, aku punya post ini adalah pandangan peribadi aku melalui borak-borak dengan orang-orang tua. Borak-borak masa tunggu teksi, tunggu bas, lepak-lepak dengan pakcik-pakcik kat luar surau dan tempat-tempat lain. Dengan mamak? Aku hanya berkawan dengan mamak ketika aku kecil dahulu, sekarang dah takde mamak kat tempat aku melainkan di kedai mamak.

PSSS: Sebenarnya, aku peminat ayam goreng mamak, sebab BESAR

Similar Posts:

www.articleforex.net

Incoming search terms:

  • rahsia networking (1)

Comments

comments

This entry was posted in Blog and tagged , , . Bookmark the permalink.

25 Responses to Rahsia Networking 1

  1. paan says:

    adoi,berat betul syarat nie…longgarkan sikit boleh..aku nak sangat tahu….

  2. rajakamil says:

    huhu….kau kenalah promot blog aku kat kawan kau. Mintak dia komen ;)

  3. miskhi says:

    bg tau r…nnt aku bg tau ko camne mamak ble survive smpai skang..heheehe

  4. Pingback: Raja Kamil Scammer ? - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

  5. kodin says:

    aku rase dorg ade kilang pemprosesan bahan mentah sendiri kot ;)

  6. kodin says:

    bagos klau kamil dpt share cammane mamak niaga, sbb tgok mamak niage mmg maju, dari restoren roti canai ke nasi kandar ke kedai kain,carpet, hypermarket ke hotel.. cine pun same gak… cammanela dorg niage..

  7. rajakamil says:

    erm, memang byk rahsianya ;)

  8. Amir Azros says:

    Assalamua’laikum wbt…

    Saya hanya nak menjadikan comment nie banyak… :)

  9. Amir Azros says:

    Boleh ker? Hehehehehhe~

    “Mudahkan Kehidupan Anda”
    @mir
    http://www.mudah4u.com/

  10. rajakamil says:

    Untuk pengetahuan kau, kat wordpress ni ada satu funtion untuk ban kan IP.
    Jadi bila IP kau kena ban, kau tak dapat komen.

  11. bantingboy says:

    hehe. tunggu ajela yek..

  12. copernicus says:

    sebenarnya… hanya mahu letakkan komen ringkas… supaya jawapan sebenarnya dapat kita semua ketahui (kecuali Raja Kamil lah… huhuhu… :D )

    namun, sedang aja mari terfikir… :)

    hmmm… mungkin, mamak-mamak ni tiada orang tengah yang berangkai! ini adalah kerana kebanyakan konsep perniagaan konvensional lain… menggunakan orang-orang tengah yang berangkai-rangkai… sehinggakan ada harga sesuatu barang itu mencecah sehingga lebih 2 kali ganda daripada harga tangan pertama!

    dan… sebenarnya, konsep pengurangan kesedikitan tangan orang tengah inilah yang digunapakai oleh syarikat yang berdasarkan kepada pemasaran berangkai (MLM). di dalam MLM, tangan yang sampai hampir mencecah hanya kepada 3 tangan sahaja dan terus kepada pengguna! (pengilang >> syarikat >> pengedar)

    hmmm… adakah konsep ini yang dimaksudkan Raja Kamil?! :) sama-samalah kita nantikan…

    p/s: barulah gempak tema ni… kalau nak gempak lagi… rujuk kepada thread-thread ini:
    - http://www.wangcyber.com/forum/pembangunan-web/7326-free-wordpress-theme-himpunan.html
    - http://www.jombincang.com/forum/rekabentuk-template-grafik/594-himpunan-tema-wordpress-percuma.html
    :D

  13. abdfatah says:

    nah hambik komen balas nih…. buat tambahan untuk 20 komen terlebih. baru satu komen. ke nak 20 orang komen…. heheheheee…

    oh siapa yang akan ban ip? wordpress sendiri atau tuan punya blog?

  14. kodin says:

    ape yg aku perasan, melayu yg berniaga lemah dari segi networking… mungkin salah cara, ataupun saje xmo buat networking, pikir periuk nasi sendiri ;)

  15. kasyah says:

    Salam.

    Aku rasala…
    Persatuan mamak tu bukan saja supply bhn mentah setakat 2-3 kedai…Boleh jadi berpuluh-puluh kedai mamak dia supplykan barang. Kalo kita tgk mana2 kawasan perumahan yg baru bukak, mesti ada kedai mamak yg dah beli awal2 lot kedai tepi…pastu mesti ada kedai mamak lain yg bukak.

    Bila dah ada market utk supplykan bhn mentah dlm sehari yg begitu banyk, supplier pun mesti la mahu kasi murah…kang persatuan mamak ni cari lain…kat situ lebih kurang die main harga la. Makin banyak die borong, makin murah la harga dapat….

    lagi satu, myb mamak2 ni pandai cari lubang baik, dapat harga murah…maybe amik import bhn mentah dari india…cam bawang kat india lg murah dari mesia ni.

    kalo org melayu betul2 buat networking cantik n jujur , tak makan kawan..insya-Allah kita pun senang dapat harga murah.

    just my 2sen..

  16. Razif says:

    Sebab mamak itu membeli semuanya secara pukal.. dan yang penting adalah networking…

  17. Pingback: Raja Kamil Scammer ? - Page 2 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

  18. kmzseo says:

    Sebabnye kenapa?

    Die ambik bahan mentah tuh dari tempat perlupusan..barang barang lusuh atau barang-barang lucut hak setelah dirampas oleh pihak berkuasa.

    Dalam masa yang sama dia ada networking dalam pihak berkuasa tempatan bukan sahaja dalam perniagaan rwestoren mereka

  19. Pingback: Raja Kamil Scammer ? - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

  20. SyedHafidz says:

    Untuk mencapai komen 20 orang, maka aku dengan tak malunye menconteng2 jugak di sini..
    hahahaha

  21. lutfee says:

    dah cukup nih komen blehla bg tau…

  22. Pingback: Raja Kamil Scammer ? - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti Usahawan Internet Malaysia

  23. Kirim dia untuk penelitian pasar yang lebih baik ide untuk memulai bisnis in

    stereonation71’s last blog post..Exact Use Of CD Drive

  24. junior27 says:

    Betul tu… Kadang-kadang aku rasa jealous gak ngan mamak ni… Kenapa diaorang boleh berjaya dan kita tidak??? tapi bila difikirkan balik …mmg berbeza cara kita ngan mamak ni… RK telah memberi sedikit sebanyak rahsianya dan mungkin cara mamak ini tiada didalam perniagaan kita… Tapi kalau nak diikutkan dgn konsep rangkaian ini… memang boleh menjadikan seseorang tu kaya…. betul tak RK? Kalau tak betul harap maaf sekadar pendapat dari saya…

  25. fadli says:

    betul jugak 2…tp kedai mamak mahal macam mana pun,tetap ramai orang,,plik betul…

    fadli’s last blog post..Triond buat duit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">