Ads by RK   Pecah Beling          Ghost Story          Kongsi Iklan          Rahsia USD50 Sehari           eBay

Archive for August, 2008

“Haiya, budak-budak zaman sekarang lor, lain dengan dulu”
“Mat rempit”
“Pakai seluar dengan tali ponggong”
“Seluar jean yang dikoyakkan di bahagian lutut”

TREND
TREND
TREND

Kau tahu tak, istilah trend hanyalah istilah yang direka untuk mengaburi mata kita.
Dalam post kali ni, aku nak beritahu kau tentang sebuah teori yang aku lama dah dok fikir.
Ia dinamakan Teori Fenomena.
Menurut pemerhatian aku, teori fenomena ini sangat-sangat berguna untuk marketing, promosi dan seterusnya meningkatkan sebarang jualan. Kau pernah dengar tak perkataan “BRANDING”. Mengikut Teori Fenomena, BRANDING merupakan satu elemen yang penting. Asasnya adalah sama. Wujudkan jenama.

Baiklah. Mungkin kau kurang faham. Mari aku bawa satu case study.

MINYAK ANGIN CAP YUYI
Pernah dengar minyak angin cap yuyi? Jika tak silap aku, iklan tentang minyak angin cap yuyi ni sering kedengaran di corong-corong radio seperti ERA. Aku tahulah. Pada tahun 2003, tahun aku mengambil SPM, aku ke sekolah naik bas sekolah. Bas tu slalu pasang radio era. Sebab tu aku tahu. Kalau tak jangan harap nak dengar radio ERA ni.

Pergi kedai, ada minyak angin cap yuyi. Pergi sana ada. Pergi sini ada. Pendek kata, mana-mana ada. Bila ada bayi meragam, mesti ibu-ibu (pada masa itu) tanya, tak guna minyak angin cap yuyi ke? Bagus tu untuk bayi perut kembung. Sampai macam tu sekali.

Case Study 2. MILO
Siapa yang tak tahu MILO tu apa. Bohong lah kau kalau tak tahu MILO tu apa.
Sama juga. Pergi mamak sana, order MILO. Pergi mamak sini, order MILO.
Sana MILO. Sini MILO (ulang 33x)

Bila minum VICO pun, ramai yang akan kata minum MILO. Pernah kau dengar orang order kat kedai makan, VICO ais satu (dengan menjerit kepada bai yang mengambil order).

Tutup case study.

Faham tak sekarang? Jika kita perhatikan betul-betul, mana-mana produk yang sering kita dengar atau lihat, tak kira radio, tv atau kat kedai sekalipun. Pasti produk itu akan menjadi antara produk yang diyakini pengguna. Walaupun hakikatnya, ia merupakan produk SAMPAH.

Baiklah. Jadi bagaimana dengan Teori Fenomena ini akan membuatkan produk kau laku?
Buat HEBOH
Mudah sahaja. Jadikan produk kau sering menjadi bualan orang.
Kau tahu tak, salah satu tektik kotor orang meniaga makanan (biasanya gerai-gerai diPesta Konvo) ialah, mengajak seramai mungkin kawan-kawan dia meramaikan ruang depan kedai. Bila orang tengok kedai tu penuh, biasanya orang akan pergi.

Jadikan PRODUK/JENAMA sering dilihat
Jika kau buat produk offline. Jadikan produk/jenama kau sering dilihat di mana-mana.

  1. di dinding kedai
  2. tempat tunggu bas
  3. di TV
  4. di akhbar
  5. di majalah
  6. di mana-mana

Jika produk kau online. “spam secara beretika”. Di dalam blog kau sendiri. Di forum-forum (signiture). Di blog kawan-kawan (pada bahagian komen). Upah kawan-kawan kau untuk puji kau (tak tahu malu).

Kesimpulan
Mengikut Teori Fenomena ni, kau akan sentiasa dibayangi “indah khabar dari rupa”.
Berapa banyak dah kau beli eBook yang takde landung value. Tapi kau beli sebab ia kedengaran hebat. Berapa banyak orang tertipu beli mesin urut kaki. Kononya kau akan jadi kuat jika menggunakan mesin urut kaki. Kau akan jadi sihat. Semuanya sebab “indah khabar dari rupa”.

Jadi, aku nasihatkan kau, bila jual sebarang produk, pastikan kualitinya dahulu. Baru harga. Kau fikirlah, bila orang beli produk kau, dan dia mengharapkan benefit dari produk tu. Tapi, harapan tinggal harapan.

Apa yang aku nak sampaikan dalam Teori Fenomena ini ialah. Kau dah tiada alasan untuk berjaya menjual produk kau.


Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz

Comments No Comments »

Aku sebenarnya tak berapa faham apa tujuan tag ni. Tapi, apa yang aku pasti, kalau orang tu kena tag, dia wajib jawab. Soalan yang bewarna merah tu. Jawapan yang bawah dia. Troublesome betul lah . . . ni nuaeman punya kerja la nih.

Sebab banyak sangat soalan tanya “senaraikan 8…. yang kau paling…”
Jadi, tajuk post ni pon aku letak 888 (nombor kurafat).

1) What is the most important thing in your life?
Kalau “most”, jawaban dia mesti ada satu je. Tiada yang “most” melainkan Allah. Dia maha “most”.

2) What is the last thing that you bought with your own money?
Malam tadi, nasi lemak kukus kat sitchik masa balik dari halaqah. 1 makan kat kedai. 2 bawak balik makan dengan wife.

3) Where do you wish to get married?
already

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
tak pasti tapi aku harap forever.

5) Are you in love?
Yes. I’m in love with ma wife. I’m in love with ma work.

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Sitchik & Rahmath kat Tronoh.

7) Name the latest book that you bought?
Komitmen Dai Sejati - Muhammad Abduh

8 ) What is your full name?
Raja Mohd Kamil Raja Rosli

9) Do you prefer your mother or father?
Both.

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Kalau dah tiada boleh ke? Rasulullah.
Kalau tak boleh, aku nak jumpa Ismail Haneiyah atau Mohd Akif.

11) Christina or Britney?
Both. Nak kenalkan dia dengan wife. Mana lah tahu dapat hidayah ;)

12) Do you do your own laundry?
Bulan lepas ada sekali

13) The most exciting place you want to go?
Masjid Al-Aqsa

14) Hugs or kisses?
Both

15) Point out 5 things about the person who tagged you. -
Ahmad Fairoz Daud

  1. Dah kawin
  2. Dah Jadi bapak orang
  3. Tak suka makan gaji
  4. Pandai bawak kereta
  5. Baik hati, pernah nak tolong aku

16. 8 things I am passionate about

  1. My wife
  2. Teknologi Komputer
  3. Bintang
  4. Al-Quran
  5. Anak
  6. Internet
  7. Halaqah
  8. Friends

17. 8 things I say too often

  1. adeh
  2. huhu
  3. ?
  4. aku
  5. kau
  6. ana
  7. anta
  8. sayang

18) 8 books I’ve read recently:

  1. Komitmen Dai Sejati
  2. Total Motivasi
  3. Keluarga Hasan Al Banna
  4. Syabab
  5. Tautan Hati

19. 8 songs I could listen to over and over again

  1. Kenangan Indah
  2. Rasulullah
  3. Sang Murobbi
  4. Bebaskan Palestina
  5. Pewaris Negri
  6. Ruhul Jadi
  7. Merah Saga
  8. Ghuraba

20) 8 things I learned last year:

  1. Wangcyber is not for scammer
  2. Boleh buat duit dekat tenet
  3. Kahwin tu best
  4. Ibu mengandung lebih kuat makan dari bapa
  5. Bekorban satu kemestian
  6. bukan semua orang kat dunia ni jahat
  7. Aku ni tak suka civil engineering
  8. Aku suka teknologi

21. 8 People to tag   -  erm, aku tak tahu lah sape nak tag

  1. aku
  2. saya
  3. gue
  4. beta
  5. patik
  6. hamba
  7. awak
  8. ana
Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz

Comments 2 Comments »

#1 side ijamidayubanner expired on 13 Feb2009
#2 side ijamidayu banner expired on 13 Jan 2009
#3 side Nex expired on 14 Dec 2008
#4 top Nex expired 15 Dec 2008
#5 top Zyan expired om 17 Dec 2008
#6 side Zyan expired on 19 Dec 2008