Salam, mulai hari ini sehingga hari yang tak ketahui, aku akan mengongsikan (betul ke perkataan ni) skil-skil berblog kepada kau.

Kalau kau betul-betul berminat, kau boleh ikuti perkembangan blog ini dengan mengisikan email di kotak belah atas kiri kau.

Kat situ, aku akan tunjukkan terus kepada email kau, tak payah nak buka-buka blog ni lagi.

———————————————————————

Mula-mula, kau kena berkenalan dengan blog.
Kau agak, kenapa orang nak berblog.
Tun Dr. M, DSAI, Syebbery, Pak Lah   dan ramai lagi orang berblog kat muka bumi.
1je sebab dia.

Nak Orang Tahu Apa Yang Dia Fikir 

Andai, kau tak nak orang tahu apa yang kau fikir (dalam erti kata lain, tak nak share idea kau), BLOGGING bukan satu idea yang baik.

Jadi, apa sebenarnya yang boleh dikongsikan di blog ni.

Macam2:

  1. Gambar
  2. Diari hidup kau
  3. Cerita saat-saat akhir hidup kau (kalau kau ada cancer atau leukimia, aku cadangkan kau buat satu)
  4. Kepandaian kau dalam pelbagai bidang (macam blog ni, Internet Base)
  5. 1001 lagi perkara yang kau boleh buat dengan blog

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan yang aku dapat bila ajar orang buat blog:

Kenapa blog?
Mengikut pengalaman aku, dengan blog, kita dapat JENAMAkan diri.

Aku tak tahu nak tulis apa?
Erm, kalau kau tak tahu menulis, apa kata kau share je gambar-gambar menarik.

Aku punya tulisan, buruklah ?
Hekeleh, aku tak cakap pun blog ni kena tulis atas kertas, kau kan menaip !

Aku malaslah ?
Aku pun malas :D

Buang masa aku tak ?
Kalau tidur lebih dari 8 jam, lagi buang masa !

Kena update selalu tak?
Ikut keperluan, kalau kau ada banyak benda nak dikongsi, maka updatelah selalu.

Kena bayar tak?
Selain bil letik dan internet, semuanya PERCUMA*

Kenapa ada * kat percuma tu?
Aku tertekan.

Kata-kata terkahir please.
Nak seribu daya, taknak takyah berdalih-dalih, aku tahu dah :P

 

Setakat itu sahaja. Kalau kau rasa BLOGGING itu untuk kau, sila datang lagi blog ni ;)

Similar Posts:

www.articleforex.net

Our Sponsor :

Your Text Ad Here. Click For More Info

Comments

comments

Categories: Blog   |  Posted on
Tags:

Leave a Comment

Your Rating:
0 1 2 3 4 5

*