7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca

Technorati telah mengindex 133 Juta blog. Menurut statistik mereka, terdapat 900 000 blog post setiap 24 jam. Hampir semua niche, topik, theme, dan industry ada diblogkan.

Persoalannya, bagaimana nak tarik minat pembaca untuk membaca blog kita.

Nak menonjol di celah-celah jutaan buah blog, nampaknya hampir mustahil. Tapi, bukan tidak boleh. Ada sahaja blog yang baru dibina namun, berjaya mendapat ribuan pembaca setia dalam sehari. Mengapakah boleh begitu? 

Tip-tip di bawah mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. 

Tidak Menulis Dalam Tekanan

Sesetengah orang menulis blog semata-mata untuk memperoleh keuntungan dari sistem affiliate, pengiklanan dan lain-lain.

Tapi, perasankah kita, jika kita menulis kerana duit ianya akan menjadi satu rutin yang menjemukan. Pilihlah topik yang kita ada rasa “ghairah” atau dalam bahasa Inggeris disebut “passion” untuk sentiasa update. 

Jika kita minat sukan tennis, tulislah tentang tennis walaupun untuk keyword “tennis” nilai adsensenya sangat rendah :D

 

 Tidak pada topik yang tiada langsung pembaca

Terkadang, ada juga blogger yang jenis shok sendiri. Menulis blog untuk dirinya sendiri. Salahke ? Tak salah, tapi apa salahnya kita mendapat insentif  daripada blog yang kita bina sendiri.

Sebagai contoh, kita cerita tentang lipas kudung. Daripada permulaan blog, tak habis-habis menceritakan tentang seekor lipas yang bernama ROY yang kudung kakinya dan dijumpai di dalam bilik air.

Sudah lah tu…… Bawak-bawaklah cerita lain yang ada pembacanya. 
Sedikit kajian niche blog perlu ada untuk memulakan sebuah blog yang baru.

Unik

Jadilah seunik yang boleh. Cipta satu trademark pada blog anda. Sebagai contoh, pada setiap hujung artikel akan dibuat sebuah pantun. Ataupun, dalam setiap post, pasti akan ada gambar-gambar terkini keadaan

tayar kereta kancil 660 anda. 

Dan macam-macam lagi yang buatkan pembaca mengenali anda melalui trademark anda tadi
Apa agaknya trade mark rajakamil.com?

…ataupun seasli yang mungkin

Copy dan paste pada blog merupakan satu etika yang salah. Namun begitu, apa salahnya memberi kredit pada pemilik asal artikel tersebut.  

Jika anda dapat menguasai sesuatu niche blog dengan baik, maka, ianya tiada masalah untuk menulis artikel yang benar-benar ori.

 

 Topik yang anda memang layak untuk dikongsi

Perasan tak, sekarang ni, banyak blog yang menceritakan tentang buat duit diinternet. Jika anda bercadang untuk buat satu blog yang nichenya tentang buat duit diinternet, baik anda fikir dahulu. Adakah aku telah buat sehingga 7 angka setahun?

Kadang-kadang, penulis blog itu cakap tak serupa bikin. Hanya copy idea dari blog orang lain. Bila ditanya, berapa yang pernah dapat dari online bisnes, jawapannya sering buat kita tertanya-tanya, layak ke dia nak ajar kita buat duit diinternet sedangkan sesen pun dia tak pernah dapat dari internet.

Banyak lagi contoh lain. Sebagai contoh, anda menulis blog tentang dunia pemotoran. Apabila ditanya, antara Duccati dan TZM , yang mana lebih baik, dia menjawab MODENAS. :P

Atau topik yang menumpu pada sesebuah komuniti

Mungkin juga anda boleh membuat sebuah blog yang perbincangannya menumpu pada sesebuah komuniti. Contohnya, kebanyakan pembaca blog saya datangnya dari WangCyber.com, jadi relevensi topik saya kenalah bertepatan dengan perbincangan yang ada dalam wangcyber.com

Anda juga boleh buat sebuah blog yang khusus untuk group MLM anda. :D

 Kuncinya ialah mencipta kehadiran yang sentiasa diingati

Tak perlu sangat buat blog yang havoc, funky dan pelik2.  Jadilah diri anda. Yang penting ialah setiap post anda seolah-olah berbicara dengan pembaca. Sedikit demi sedikit anda akan mencapat pembaca blog yang setia.

Similar Posts:

    None Found
www.articleforex.net

Incoming search terms:

  • contoh blog yang menarik (107)

Comments

comments

This entry was posted in Blog and tagged , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to 7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca

  1. Razif says:

    Pada aku dari segi kandungan no hal.. yang penting ayat mau power n lain macam sikit…
    Hehehe… Kadang2 ayat2 tue yang buat orang tak sabar nak menjenguk…

  2. PakciQue says:

    Hmm..aku menulis tanpa tujuan..aku menulis sebab suka-suka..cuma beberapa minggu ni aku seakan ada kesedaran untuk mencipta identiti sendiri..tp mcm seakan tiada fokus..entah le..

  3. Sifu LAN says:

    Bagi aku, selagi penulisan kita ikhlas, pasti pembaca bukan hanya membaca content, tetapi jiwa penulis itu sendiri. Aku setuju tentang jangan menulis ketika berada dalam keadaan tekanan. Ini kerana respons emosi manusia adalah refleksi emosi penulis itu sendiri. Jika kita terapkan minat, maka pembaca akan turut merasakan perasaan itu. Jika kita terapkan marah, maka pembaca turut merasakan perasaan itu. Oleh itu kita harus bijak apabila menulis dengan mengawal emosi serta ikhlas dalam menyampaikan.

  4. bidadari says:

    hai semua…saya baru masuk blog ni. Menarik..
    saya ada satu soalan nak tanya.
    Saya keliru dgn web ni, http://www.vemmabuilder.com/555365405
    Betul ke boleh dpt rm5000 sebulan?

  5. bidadari says:

    hai semua…saya baru masuk blog ni. Menarik..saya ada satu soalan nak tanya. Saya keliru dgn web ni, http://www.vemmabuilder.com/555365405 . Betul ke boleh dpt rm5000 sebulan?

    kalau betul boleh jadi isu untuk bercerita dalam blog kannn….

  6. rajakamil says:

    Terima kasih semua :D

    Merujuk pada soalan Bidadari, tentang vemma saya tak pasti sama ada ianya betul atau tak. Tapi, seumur hidup saya, saya tak pernah lagi dengar ada yang dah dapat RM5000 dari venma ni. Munkgin belum lagi…

  7. rajakamil says:

    @Razif, contoh blog yang ayat buat kau nak datang lagi apa?

  8. rajakamil says:

    @Pak Cik

    Kau kena cari identiti :D

  9. rajakamil says:

    @Sifu Lan
    Yep, yang penting ikhlas menulis

  10. titan says:

    Jawapan setiap orang berbeza. So, begitu juga dengan pembaca blog kita. Ada yg boleh terima tulisan kita, ada yang tak boleh. Itu hakikat yg kita kene terima.

    Jadi, biarlah pembaca yg membuat keputusan. Korang leh tahu blog korang ni ramai pengunjung melalui statisktik blog korang. Cincaipun, tengok kat awstat. Kalau ramai, ramailah pengunjung blog korang. Kalau tak ramai. Lu pikirla sendiri..

  11. chuckiesd says:

    thanks for the nice informasi..banyak sangat ilmu yang dapat kita pelajari di sini..

  12. rajakamil says:

    Selamat datang chuckiesd, datanglah selalu !!!

  13. abdfatah says:

    nak kena fikir banyak2 nih berapa ramai yang datang jengukkk… jangan lu termenung laa sendiri… hahahaaa

  14. Pingback: Menulis & Membaca biarlah dengan hati - Tip Menjadi Problogger | Sang Murobbi IT - Problogger yang men jana wang/duit di internet

  15. Mujahid86 says:

    Assalamualaykum saudara RK. Ilmu yang kau beri manfaat

  16. junior27 says:

    Thanks for the step yang dikongsikan, for me the originality artikel itu penting bagi sebuah blog…. cara persembahan serta gaya penulisan juga memainkan peranan. Apa yang RK berikan dan dedahkan amat bermakna buat saya yg terlalu baru di alam cyber ini… Terima kasih.

  17. David Cheong says:

    Very nice guide and step of how to write a blog to attract readers. I believe this is a very helpful guide, and there is a few ways which we might have misout, which I think you’ve mentioned here.

    Thanks for sharing.

    David Cheong’s last blog post..Top Twitter at Shorty Awards Ceremony

  18. Remy Budak Seberang says:

    Ak x tahu lar cmne nk buat blog yang menarik coz ak bru 4 hari belajr buat blog kauorg blh tlong aku x???please……

  19. Sapikk says:

    tgh2 syok layan forum retire tbe2 rse nak gi RK punye blog then cri la mane2 post yg agak menembak then jumpe mende ni.. pd pndapat sye wht you say is Correct.. mcm kawan sye yg sye bru ajar buat blog bru2 ni berbalah ngn sye psl niche yg perlu di bncgkan di blognye.. die nk buat psl niche buat duit diinternet.. sye puas ceramah die yg niche ni x sesuai selagi kite x dikenali atau msih tiade org yg tahu akan kejayaan die.. dan mmg die amat bru dlm dunia internet ni..smpai paypal pun terkial2 lgi nk sign up.. dan die degil jgk..sampai lah die ngadu kat sye yg blog die lgsung tiade komen dri org lain… So sye juz ckp kat die “Plizz.. buat blog adalah nk bg org lain bce dan mreke akan rse syok bile bce..bukan semase dri sendiri rse syok bile bace.. ” sng crite syok sendiri punye kes..

    Sye juge tertarik dgn kate pepatah John Chow ” I make money online by telling people how i make money online”..sng crite setiap post bialah ade pengajaran atau ade sesuatu yg bergune bg pembace.. sbb tu klo sye lawat blog2 yg asyik dok citer psl affiliate yg disertainye, sye jd bosan.. that really true…

    p/s:RK, sye da buat blog English bru..hehe.. tapi Englishnye amat berterabur mcm peluru tabur.. huhu..

    Sapikk’s last blog post..How to Resolve SPAM Comment in Your Blog (Part Rockin’)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">