Aku sedang mengalami kelembaban komputer yang nyata .

Dengan berbekalkan komputer berkelajuan 800 Mhz, aku cuba gagahkan diri menakluki dunia internet ini.
Baiklah, ini apa yang aku telah lakukan supaya aku dapat menonoton video kegemaran dengan pantas dan efisien.

 

1. Menggunakan perkakas yang paling simple interfacenya.

Contohnya, aku menggunakan VLC player untuk memainkan sebarang audio dan video. Kalau pakai winamp baru atau Windows Media Player, sudah pasti lipas belaan aku dapat mengelilingi padang golf sementara menuggu video 3 minit untuk habis dimainkan.

2. Mengurangkan penggunaan grafik pada komputer.

Jika merasakan komputer kau cantik dengan wallpaper yang berwarna warni, aku merasaskan ianya adalah satu mimpi yang takkan tercapai dengan komputer sekarang ini. Jika ramai orang yang hari-hari mencuba theme baru pada komputernya, aku pula hanya setia pada theme windows classic.

3. Mengurangkan program start up

Iaitu mengurangkan program yang akan berjalan ketika komputer baru dihidupkan. Jika dahulu, aku terpaksa menunggu kucing bertanduk sementara komputer aku stabil (kalau lampu pada komputer kau berkelip-kelip, ianya belum stabil, tunggu sehingga padam). Kini, aku tidak sempat berbuat demikian, manakan tidak, belum apa-apa, Nasuha (anak sulung aku), telah menangkap seekor kucing dan melekuk kepalanya hingga tumbuh tanduk. 
Nota : ayat yang digunakan adalah ayat berkias

4. Melakukan defragment dalam tempoh yang kerap

Dengan cara ini, file-file aku lebih mudah dibaca oleh CPU dan hasilnya, komnputer yang laju dan efisien

5.  Tidak membuka lebih dari 30 aplikasi dalam satu-satu masa

Bagaimanakah caranya? Senang aja. Penyekkan "Ctrl" dan "Alt" dan "Del" (buka task manager) dan lihat pada bahagian PROCESS.

6. Menggunakan software Tune Up

Dengan hanya sekali klik sahaja, aku telah dapat mengurangkan masalah pada komputer aku.

7. Sentiasa pastikan anti virus up to date

Aku mencadangkan AVIRA. Bukan sahaja ianya percuma, malah tidak membebankan komputer kau (ringan). Semalam, aku lihat lesen  AVIRA di komputer aku akan tamat dalam 3 hari. Pagi tadi update, dia tambah masa lagi 1 tahunb. Bagus. Dahlah percuma.

8. Menggunakan perisian anti spyware.

Secara peribadi aku mensarankan Ad Aware. Tapi versi terbaru sangat-sangat berat bagi komputer aku.

9. Sentiasa pastikan komputer sejuk

Mudah aja, pasangkan kipas dan halakan ia betul-betul ke arah processor kau berada.

10. Masukkan dalam peti sejuk

Mungkin kau tak percaya. Tapi aku percaya, kerana semasa entri ini ditulis, komputer aku kini berada di dalam mini peti ais. 

 

PS: Perkakas yang digunakan untuk menulis entri ini.

  1. Laptop Asus EEE PC 900
  2. 3G broadband (Celcom)
  3. Monitor CRT, LG, 15"
  4. External mouse
  5. External keyboard
  6. Power supply

 

Similar Posts:

www.articleforex.net

Our Sponsor :

Your Text Ad Here. Click For More Info

Incoming search terms:

  • cara melajukan komputer (309)
  • melajukan komputer (228)
  • cara untuk melajukan komputer (122)
  • cara melajukan pc (97)
  • cara cara melajukan komputer (11)
  • cara melajukan internet (6)
  • cara tukar ram (2)
  • cara cara tukar ram (2)
  • bagaimana hendak melajukan komputer (2)
  • cara melajukan sambungan internet untuk windows7 (2)

Comments

comments

Categories: Blog   |  Posted on
Tags: ,

17 Responses to “10 Cara melajukan komputer anda
Read them below or add one

  1. rajakamil says:

    erm, saya hanya beritahu apa yang saya buat jer. Yang peti Ais tu, baru je semalam buat

  2. Aton says:

    biar betol bro, letak dlm peti ais. sure ke xrosak? huhuhu..baru je dengar ni..bleh la try buat nanti :)

  3. rajakamil says:

    haha, entah, dari semalam buat sampai sekarang. Ok je lagi

  4. brohans says:

    kalau simpan hard disk dlam peti ais tu aku pernah buat. PC belum try lagi.

  5. hazman says:

    maklumat yang cukup menarik….tambah-tambah pasal letak kat dalam peti ais…something new to me as a newbie…idea baru….

  6. titan says:

    aku ada 2 cara je. tukar RAM baru atau beli komputer baru.

  7. rajakamil says:

    2 cara tu aku tak buat sebab memerlukan kos :P

  8. dslr admin says:

    masuk dalam peti ais pon blei bagi kesan eh

  9. dslr admin says:

    oohh..patut la bile time panas laptop ni jadik lembab.kene pakai fan yg lagi mantap la nampaknye ni..

  10. rajakamil says:

    ye boleh. Tahu tentang bilik server? Kenapa ianya dimasukkan ke dalam bilik beaircond? Untuk menjadikannya bekerja dengan efisien dan efektif.

  11. rajakamil says:

    itu lah pasal….

  12. Jeffrey says:

    berguna juga info ini…

  13. isma says:

    ya ka bab peti sejuk tu bunyi macam takut ja nak try… boleh compius la

  14. tunasbakti says:

    maklumat yang amat menarik..thanks

  15. Terbelog says:

    kalo selalu mode standby..xpe ke

  16. rajakamil says:

    tengok penggunaan bro untuk apa…

Leave a Comment

Your Rating:
0 1 2 3 4 5

*