Ada Apa Dengan WordPress?
Ada Apa Dengan WordPress?
Untuk artikel saya yang pertama di blog RK ni, saya ingin menunjukkan kepada anda semua kenapa WordPress ni lebih lemak berkrim disukai ramai.Tengoklah kat mana-mana je, blogger-blogger, malah top internet marketer pun akan menggunakan wordpress sebagai pilihan untuk berblog, macam istilah baru je ni.
Jadi jom kita bongkar sedikit apakah yang menarik lagi tertarik dengan WordPress ni?
WordPress sebenarnya adalah blog yang menggunakan CMS iaitu content management system atau sistem pengurusan maklumat dan ianya juga adalah " open source software" atau dari perisian sumber terbuka yang mana kalau dah namanya sumber terbuka, beribu-riban le malah berjuta orang yang akan berkerja secara percuma sahaja untuk menjadikan perisian WordPress ni lebih power dan berkuasa.
Wordpress ni ada dua versi, satu yang percuma (wordpress.com) dan satu lagi berbayar (wordpress.org) yang perlukan kepada hosting. Kat sini yang saya bongkarkan adalah yang berbayar.
Disebabkan WordPress adalah datang dari sumber terbuka maka dengan sekali klik je kita dah boleh menukarnya kepada website, video blog atau vlog, portal, social network, website ahli dan laman jualan atau sales page dengan menggunakan bermacam-macam plugin yang dicipta setiap hari. Hanya taip "wordpress plugin" dan tanyakan pada pakcik google, terpampanglah plugin-plugin wordpress yang anda nak. Rasanya ada saje programmer yang buat plugin sendiri untuk blog masing-masing, jadi mereka ni lah yang menjadikan WordPress sentiasa up to date jika dibandingkan dengan CMS yang lain seperti Joomla contohnya.
Versi perisiannya pun sering diupdate dan sehingga artikel ni ditulis versi WordPress adalah 2.63 dan dikatakan versi 2.7 akan dikeluarkan pada hujung bulan November ni. Versi 2.7 ni agak mantap di mana ianya boleh auto upgrade dengan sekali klik sahaja. WordPress ni diupdate 4x dalam setahun atau 3 bulan sekali kalau anda nak tau.
Nak instal wordpress ni juga tak perlu belajar bahasa html (kalau sekadar nak berblog le), hanya instal guna Fantastico dan selepas tu anda dah dapat buat blog wordpress.Kalau tak tau jugak, boleh le cari sesapa yang tawarkan servis buat blog untuk anda, rasanya RK pun offer kot.
WordPress juga dikatakan mesra SEO dan yang lebih menarik adalah kita hanya perlu gunakan plugin SEO-nya untuk menjadikannya lebih super duper mesra SEO. Plugin yang saya selalu gunakan untuk tujuan ni adalah salah satunya plugin All in One Seo pack , so godek-godek lah ye plugin ni kalau ada yang belum tau lagi.
Selain daripada plugin-pluginnya yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, ciri yang saya rasa agak istimewa dan mantap adalah ciri yang membolehkan kita tetapkan bila kita nak artikel yang ditulis dipaparkan di blog atau kita jadikan post kita dipaparkan secara berjadual ikut masa dan tarikh yang kita suka, ciri ni dinamakan "edit timestamp" kalau dalam versi wordpress yang lama.
Ciri nilah yang membolehkan kita seolah-olah sentiasa je kelihatan mengupdate atau mengemaskini blog kita, padahal kita dah tulis artikel tu seminggu lebih awal dan apabila artikel tu sedang dipaparkan di blog kita, mungkin kita sedang berada kat kedai mamak ke atau kat mana jelah. Inilah ciri yang rasanya memudahkan kerja Problogger yang membolehkan diaorang ni kerja hanya sehari seminggu tanpa perlu melekat kat blog untuk tulis artikel.
Sebabnya menulis blog ni kengkadang perlukan mood gak, kadang-kadang kalau tengah banyak idea, mungkin sampai 4-5 artikel kita boleh tulis, jadi jangan publish semua sekaligus, tapi gunakanlah ciri ni. Jadi pakcik google pun suka gak sebab blog kita akan sentiasa diupdate dan aktif.
Forum sokongan tentang wordpress jugak berlambak kat internet ni kalau-kalau anda mengalami masalah dan problem, sama le tu. Theme atau tema untuk wordpress yang berjuta tau berbillion kat internet ni pun salah satu ciri yang menarik untuk kita memilihnya. Saya boleh dikatakan agak rambang mata kalau tengok theme wordpress ni tambah lagi kalau kat blog smashingmagazine.com, perghh memang mengancam abis!
Saya ringkaskan dalam bentuk point ye, jadi senang nak tengok apa kelebihan WordPress ni:
1. Open source
2. Plugin yang banyak giler
3. Versi sentiasa up to date
4. Mesra SEO
5. Ciri edit timestamp
6. Forum sokongan/support
7. Theme yang pelbagai
8. sesapa boleh senaraikan lagi kat ruangan komen kat bawah ni
.jpg)
Jadi adakah anda perlu lagi sebab untuk tidak memilih WordPress untuk blog anda? Anda tentukan! (bukan iklan Umobile ye)
Siapa saya?jedi79 aka Hapiz Rajali adala seorang blogger sambilan yang bercita-cita mempunyai perniagaan internet dan bukan sahaja mampu buat duit di internet.Layari blog saya Mentor Jutawan & Tips Affiliate
Similar Posts:
- Ada Apa Dengan WordPress?
- Ada apa dengan Wang Cyber dot Com
- Peluang Perniagaan di KL Sentral
- Belajar SEO: Teknik menghantar article
- Blog Speed (Kelajuan Blog)


Leave a Reply