Pagi-pagi lagi aku telah menjengah ke kedai nasi lemak. Rasanya yang sungguh enak membuatkan aku tidak sabar untuk menunggu hari esok. (hahaha)
Sudah 2 hari aku terlepas membeli nasi lemak di kedai tersebut. Alhamdulillah, mungkin sudah rezeki tak tidur lepas subuh agaknya, dapat juga makan nasi lemak kegemaranku dan isteri.
Apa yang aku ingin kongsikan dalam post kali ini, bukanlah nasi lemak tetapi lebih kepada perkongsian idea daripada apa yang aku dapat semasa membeli nasi lemak tu.
Selain daripada nasi lemak yang sedap, pekedai ini juga sentiasa berwajah serius. Bagi aku, muka saiko. Seperti biasa, selain nasi lemak biasa, lauk pauk yang ada juga merupakan produk lain yang dijual.
Penjualan lauk pauk ini biasanya dijual menggunakan strategi back end selling.
Di mana, penjualan lauk ini dibuat pada saat-saat akhir sebelum bayaran dibuat. Teknik ini biasa sahaja.
Apa yang menariknya kedai nasi lemak daam cerita ini (kisah benar), pekedai berjaya membuat jualan lauk pauk sehingga habis. Perkara ini jarang berlaku pada kebanyakan kedai nasi lemak. Setelah beberapa puluh kali membeli, akhirnya aku telah menemui apa rahsianya.
Rahsianya adalah terletak pada air muka. Pandangan menghina.
Apa maksud aku? Ini adalah apa yang dibuat. (Kronologi kisah membeli nasi lemak pagi tadi)
8:15 : Keluar daripada rumah
8:17 : Tiba di kedai nasi lemak. Orang ramai.
8:20 : Masih lagi menunggu. Sedari tadi, pekedai langsung tidak senyum. Matanya hanya memandang nasi lemak yang dibungkus dan hanya sesekali memandang pelanggan yang ada.
8:23 : Lagi seorang, tiba
8 : 30 : Pekedai tanya kepada aku, "bang?", "Nasi lemak 2". senyap . . . .
8: 31 : Kertas minyak untuk nasi lemak dilipat. Nasi lemak dimasukkan
8:32 : Kacang, ikan bilis goreng dan timun dimasukkan. Tiba-tiba, "lauk apa bang?", pekedai memandang aku dengan pandangan menghina (aku tengok kat mata dia, seolah-olah berkata, "nasik lemak biasa lah tu. Takde duit….."). Aku terpinga-pinga. Mungkin kerana sudah biasa. Aku cool sahaja. Tapi agak terkejut, langsung mulut aku berkata-kata tanpa sempat berfikir 2,3 kali. "Lauk ayam bang"….ah, jatuh dalam perangkap akhirnya . Cis~.
8:32: 30 : lepas cakap lauk ayam sahaja, pekedai dengan sepantas lampu jalan, terus memasukkan ayam kebungkusan nasi lemak dan terus menutupnya. Ops, masukkan sambal dan bagi kena kat ayam dulu. Hurm, keji….
8:35 : Sampai di rumah dan makan dengan senang hatinya
Hahaha, sayur tul aku.Esok aku sudah kembali ke kampung. Jadi tidak dapat menggunakan strategi terbaru aku untuk mengelakkan jatuh ke perangkap yang sama. Apa strateginya? Cuba teka…….!
PS : Kejadian ini berlaku jam 8. Kini sudah pukul 11:17. Adeh…lapar ~
PPS: Yang dihighlightkan merupakan cara untuk buat back end selling yang berjaya.
PPPS: Lupa, nada suara juga penting. Pekedai hanya menggunakan nada monotone
Similar Posts:
- Tanya Untuk Extra – Back End Selling
- Blog Free Thinker Yang Menghina Nabi
- Peluang Perniagaan di KL Sentral
- Jom Lah – Buat Duit !
- kuasablog.com – Sebuah Review
nasi lemak ,kopi o, hu
hoho. itu taktik biasa diorang la..
hurm, takde sape tahu ker, apa strateg aku untuk mengelakkan perkara tu brlaku lagi?
Hehhee.. dengan pandangan menghina tue…
Ada strategi nk elak, RK.. jgn ikut nafsu makan! He he
klik sini untuk menghiburkan diri
urk….betul3
cis, memang geram tul tau…
ye ke, aku gi keai nasi lemak lain, ok jer. Humble jer….