Blog Free Thinker Yang Menghina Nabi

Salam dan hi;

Aku menulis topik ini sebagai respon terhadap akhbar tentang blog yang menghina nabi.

Ini alamat blog berkenaan http://adibahahmad.blogspot.com/, walaubagaimanapun, pihak blogger.com telah memadamkannya.

Sehari sebelum laporan akhbar dibuat, aku telah mendapat email mengenai blog ini dan telah juga membukanya.

Memang seperti dilaporkan akhbar.

Dengan hanya beberapa post dan template murahan (default), blog ini dengan bangganya menhina nabi.

Boloh punya olang.

 

Kononnya Free Thinker. Di akhbar pula, dalam berita hari ini (28/12/2008), menyatakan yang penulis (ada gambar disediakan, dalam hati aku kata. "Gila gamble minah ni" siap ngan nombor phone),  adalah mangsa fitnah. Kononnya, gambar dan nombor telefon itu adalah dibuat-buat. Hurm, harap-harap benarlah.

Owh ya. Jika kau adalah salah seoarang yang ditugaskan untuk menyiasat tentang blog ini. Ini sedikit panduan daripada aku.

1. Kau contact blogger.com

2. Tanya, dari mana post-post http://adibahahmad.blogspot.com/  ditulis. Mintak IP Address. Kau boleh mengesan lebih tepat jika dapat tengok semua pattern IP address yang ada untuk blog ni.

3. Kemudian, kau tanya ISP yang ada kat Malaysia ini. Tanya diorang, tentang alamat IP ini.

4. Besar kemungkinan, blog ini dibuat di cyber cafe, kerana, penulis blog berkenaan juga merisaukan tentang faktor keselamatan dengan menggunakan Gmail (aku tak sure betul ke tak Gmail ni selamat atau tak).

 

5. Jika dia guna CC, senang sahaja, kau cari komputer yang ada cookies blog ini.

6. Kalau dah cookies tu dah kena delete, kau mungkin masih boleh mengesannya dengan menggunakan tools untuk recover balik benda-benda yang di delete. (aku tak sure). Owh ya, cek juga komputer pemilik CC berkenaan.

7. langkah seterusnya, kau kena soal pemilik CC tersebut. dan aku yakin langkah ini adalah langkah biasa (namun tak mudah).

Bagi aku, hukuman yang layak bagi blogger ini ialah :

  1. ISA – mengancam keselamatan negara, bangsa, mangsa dan Agama
  2. Kutip sampah di jalan-jalan raya yang sesak sambil mendengar MP3 bacaan Al-Quran seumur hidup
  3. Hafal lagu "Puji-pujian – Raihan" dan mempersembahkannya dalam Akademi Fantasia
  4. Suruh dia kendalikan program maulidur rasul dengan menjadi seorang pembacuh air atau pengilat kasut peserta perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan setiap tahun
  5. Minta dia berikan ucapan "Saya Bertaubat" di You Tube, Stesen TV dan majlis sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan

 

Similar Posts:

www.articleforex.net

Incoming search terms:

  • freethinker malaysia (32)
  • free thinker malaysia (15)
  • free thinker (8)
  • freethinker (7)
  • melayu freethinker (3)
  • free thinker in malaysia (1)
  • blog menghina nabi (1)
  • blog melayu freethinker (1)
  • freethinker melayu (1)
  • jangan menghina what do you think (1)

Comments

comments

This entry was posted in General (in Bahasa). Bookmark the permalink.

15 Responses to Blog Free Thinker Yang Menghina Nabi

  1. Assalamualaykum R.K. bagusla sebab ko utarakan masalah ni.
    Bagi aku jika orang yang menghina nabi hukumannya adalah pancung je kepala dia. Jika dia buat sorang diri. Jika buat secara kumpulan caranya kita seolah pergi berperang dengannya.
    Sebelum tu kita kena selidik dulu kesalahan yang mcm mana.

    Aku ingat pesanan ini.
    Jika engkau menghina umat islam, umpama engkau menghina nabi, jika engkau menghina nabi, umpama engkau menghina Tuhan Yang Satu (Allah)

    Dalam konteks ni.
    Hukuman ringan tidak sepatutnya dijalankan namun jika dia berkeras kepala juga hukuman yang lebih berat harus dijalan.

    Wallahualam…

    Aku bukannya pro bab hukum. Sekadar kongsi ilmu.

  2. rajakamil says:

    erm, untuk menghukum seseorang murtad, bukan semudah itu ;) .
    Ia bergantung kepada macam2 perkara.
    Ilmu , keadaan dan macam-macam lagi.

    Mungkin yang buat blog ni tahap jahil gila khin*ir
    Mana tahu ?

  3. Assalamualaikum saudara rajakamil

    Saya bersyukur kerana anda prihatin terhadap isu-isu yang berkaitan agama Islam kita. Sepatutnya kita semua sebagai umat Islam kena peka perkara-perkara begini dan menjadi tugas kita untuk mempertahankan agama Islam yang suci ini dari dicemar oleh anasir yang jahat.

    Pada saya orang free thinker memang orang yang jahil agama dan tak bertamadun sama sekali. Sedangkan orang barat mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu manusia yang paling hebat, disegani dan terunggul di sepanjang zaman. Macam mana dia boleh menghina nabi sedangkan sudah terbukti nabi adalah orang yang mulia dan kekasih Allah.

    Kepada free thinker ini patut bertaubat dan sekiranya engkar wajib dibunuh, ini bagi mengelakkan dari ia menyebarkan virus jahat itu kepada orang Islam yang lain dan sebagai pengajaran kepada umat Islam bahawa jangan sesekali menghina orang yang telah memberikan rahmat ke seluruh alam ini..

    sekian wassalam……………

  4. rajakamil says:

    Terima kasih hanafi.

    Yep, betul tu. Kita kurang prihatin dengan isu-isu ini.
    Sepatutnya kita kena bangkit bila ada isu-isu ini.

    Cuba lihat apa yang kita telah buat pada karikatur menghina nabi, filem fitna, filem obsession dan lain2. Nothing.

    Bukannya saya mengajak kita semua berlawan dengan orang kafir harbi ni. Tapi at least tunjukkan lah rasa concern

  5. TEAM700 says:

    Salam;

    Dapat org tu nanti, kita ikat..pakat baling ngan kasut ramai-ramai..padan muka dia

  6. Faiz says:

    Salam’alaik RK, Alhamdulillah… RK berkesempatan menulis perihal isu ni…

    Semalam saya dah masuk & tengok posting yg dibuat oleh penulis blog trsebut sblum dipadam oleh pihak Blogger, terkejut saya dibuat, beristighfar panjang saya…

    Alhamdulillah pihak Blogger dah padam blog tu… smoga Allah memberi hidayah pada penulis blog tu sblum terlambat, nati tak dapat la cium bau Syurga, nau’zubillah…

    p/s: RK boleh masuk ke blog saya, saya ada posting mengenai kasih sayang Baginda Rasulullah s.a.w. kpd kita smua selaku UmatNya semasa Baginda berada di akhir qalam, http://al-faizun.com/index.php?option=com_content&view=article&id=90:rasulullah-sawkasih-sayang-baginda&catid=25:diary

  7. ZeFF says:

    saya rasa dakwah patut digiatkan.. kalo dakwah berjalan dgn lancar insyaallah ramai yang akan timbul kesedaran. pastu takde la org yang akan fikir negatif. kalo diorang masih tak sedar gak pastu baru lah kita fikir2kan cara yang dihalalkan islam untuk meng”ajar” dia. bukannya dengan menyiksa dia kerana itu bukan yang diajar dlm islam. btul tak?

  8. rajakamil says:

    Hehe, sabar-sbar semua. Biar keadilan yang menghukum. Doakan dia sedar dan harap peristiwa ni beri pengajaran kepada semua yang baru2 nak cuba buat.

  9. zaizab says:

    Bismillah. Kalau bukan Islam menghina Rasulullah dan Islam munkin perkara biasa, tapi kalau umat Islam sendiri yang melakukannya, astagrafilullah! Siapa yang anda akan salah kan? Dirinya sendiri? Ibubapa? Kawan-kawan? atau Kerajaan? Sebenarnya penghinaan seperti ini bukanlah baru di Malaysia ini. Kes ini berbeza kerana ia disiarkan di TV. Kalau kita fikir secara mendalam hari-hari berlaku penghinaan terhadap Islam samaada kita sedar atau tidak. Berapa peratus Muslim yang solat bila azan berkumandang? Umat agama mana yang paling ramai buang bayi luar nikah? Banyak lagi kalau kita fikirkan. Saya bukan lah seorang Uztaz atau orang yang berilmu sangat tapi saya mengingatkan diri saya juga. ;-)

  10. alkolostrom says:

    kadang-kadang orang buat bisnes pun “anonymous”, ni kan pulak blog yg menghina Rasulullah. Something fishy ni. Semoga para penyiasat dapat kenalpasti siapa yg gatal sangat tangan tu. Pas tu hukumlah seadilnya.

  11. yaacobmaran says:

    asalamualaikum saya mengucap ribuan terima kaseh kerana saudara menhantar kepada saya tentang blok yang menhina nabi saw.saya sangat bersetuju dengan pandangan saudara zaizad . bagi saya penhinaan yang dilakukan itu menunjukan bertapa lemahnya orang melayu itu sendiri, kerana orang melayu telah pun meningalkan islam.islam itu tinggi tiada yang lebih tinggi dari islam.kamu adalah sebaik baik umat yang diberi kemuliaan dengan islam dan kamu akan dapat penhinaan dari allah apa bila kamu mencari kemuliaan selain dari islam.dan apa yang terjadi orang melayu yang terhina kerana nabi tetap mulia dan tinggi kerana allah yang memulia kannya walau semua orang menhina nya.marilah kita kembali kepada al quraan dan sunah nabi,seperti apa yang dinyata kan oleh abi madyan dalam kitap hikam abi madyan,kamu hendaklah menuntut ilmu sehinga kamu boleh menjadi kadi keatas diri kamu sendiri .sekian wasalam

  12. Yunus says:

    Dalam setiap diri orang Islam masa kini pasti akan ada penyakit rohani. Sejauh mana kritikalnya terpulang kepada keutuhan iman dan taqwa pemiliknya. Jangan sampai menjadi barah yang memudaratkan diri dan masyarakat. Nak menuduh kepada yang bukan Islam, rasanya tak patut dalam zaman mega munafiqin ni. Ramai yang Islam hanya pada nama. Tidak perlu seperti Abdullah bin Ubai yang zahir munafiq hanya dibelakang RasululLah, cuma guna media saja. Hebatnya, identiti dapat diputar belitkan. Macam-macam. Apakah krisis yang melanda ummah masa kini? Krisis Aqidahkah atau krisis identiti? Rasanya kedua-duanya. Aqidah menentukan identiti kita dan Identiti juga pada masa yang sama akan menentukan aqidah kita. Kalau tak sempurna salah satu, itulah yang dikatakan barah hati umat Islam.

    Sekian wasalam.

  13. azmi says:

    salam;

    saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada RK kerana sudi menghantar blog kepada saya,terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tak sempat membaca blog yang menghina nabi kita.bagi pendapat saya blogger yang macam ni sepatut nya di hukum seberat2nya,bagi saya hukuman yang sepatut nya keatas blogger ini mesti berlandaskan al quran, telah di tetap kan ALLAH s.w.t.bagi saya hukuman yang ada sekarang tidak menginsafkan manusia.
    wassalam

  14. rajakamil says:

    Terima kasih yaakob, yunus dan azmi. Pada saya erkara yang telah lepas bukannya dibiarkan ditelan sejarah, tetapi untuk menjadi iktibar bagi masa yang mendatang.

    Di harap, tiada lagi pihak yang nak main-main dengan isu ni.

  15. I don’t think so that you all are only meant to one religion. All religions are same and should be erspected equally. No religion teach evil so all are equal.

    stereonation71’s last blog post..Exact Use Of CD Drive

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*


*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <font color="" face="" size=""> <span style="">