Tribute to copernicus >>>Asal

matematik kejayaan: ” ide ekstrem = jutawan ekstrem

izinkan saya untuk sedikit berkongsi…

mengapa ide ekstrem?

pernahkah anda terfikir, di dunia barat… dahulunya, semua mereka mengaggap matahari mengelilingi bumi? dan… tahukah anda bahawa teori ini dipercayai lebih daripada 1,500 tahun!

tetapi! teori ini mula berubah dengan teori yang dikeluarkan oleh Nicolai Copernicus dengan buku gemparnya… ‘de revolutionibus orbium coelestium‘. buku ini amat-amat menimbulkan kontroversi di kalangan masyarakatnya ketika itu! mujurlah… Copernicus mati sebelum belia dikenakan apa-apa tindakan.

kira-kira 60 tahun kemudian, Galileo Galilei pula menyokong teori ini. malangnya… Galileo tidak bernasib sepertimana Copernicus. beliau hidup lebih lama. beliau telah dipenjarakan. dan… sedihnya, hanya selepas 350 tahun selepas itu… baru sahaja teori yang dimulai oleh Copernicus dan disokong oleh Galileo disokong oleh barat.

hebatnya…! teori ini dipegang oleh lebih 1,500 tahun! oleh sebab Copernicus yang ber’ide’ ekstrem… barulah teori ini diterima. dan…! yang paling menariknya… konsep ide ekstrem ini adalah baru di era kita ini!!!

contoh yang paling dekat… Azizi Ali. jutawan pelabur. jutawan hartanah. jutawan buku. jutawan penceramah. dan… beliau masih lagi bekerja sebagai seorang juruterbang! oh… ekstremnya beliau… oh ya! beliau telah membaca lebih daripada 900 buah buku yang hanya kepada tajuk ‘wang’!!! dan… lebih 100 buah bukunya… telah beliau baca lebih daripada sekali!

ringkasnya… ide ekstrem = penggerak dunia.

mengapa jutawan ekstrem?

ah-ha! ini soal yang teramat menarik. saya boleh panjang lebar menerangkan ini… tetapi, saya lebih suka untuk mengajak rakan-rakan semua agar, marilah kita membaca buku ‘jutawan ekstrem’ tulisan Azizi Ali. anda pasti mengerti apa yang saya maksudkan ini semua…

yang hanya mahu saya petik, akan bab ‘mengapa jutawan ekstrem’ ini, adalah… pilih satu:

- anda melakukan apa-apa sahaja yang anda lakukan (kerja anda terutamanya…), tetapi anda tidak seronok melakukannya. dan ebih teruk lagi… anda benci melakukannya. tetapi! anda masih ‘terpaksa benar’ untuk melakukannya… sedihnya, kepada anda, daripada saya…

- anda melakukan apa-apa sahaja yang anda lakukan (kerja anda terutamanya…), dan! anda benar-benar seronok melakukannya! anda lakukannya dengan tiada sedikitpun rasa benci tetapi penuh dengan rasa kasih dan sayang serta cinta! anda seronok! malah, anda adalah orang yang paling seronok di dalam dunia ini! dan… tiada apa yang dapat menghentikan anda… melainkan keizinanNYA dan mati! oh… betapa indahnya dunia ini…

juga, pilih satu:

- anda mati. tetapi anda kesali apa yang belum dapat anda lakukan…

- anda mati. tetapi anda puas dan bersyukur dengan apa yang anda telah lakukan…

p/s: maaf, banyak mengambil masa anda. terima kasih kerana memberi perhatian.

p/p/s: tip-tip sebeginilah yang saya cadangkan DI SINI. jadi… saya harap, hal ini benar-benar mendapat perhatian kita semua…

Similar Posts:

www.articleforex.net

Our Sponsor :

Your Text Ad Here. Click For More Info

Comments

comments

Categories: Blog   |  Posted on
Tags:

2 Responses to “” idea ekstrem = jutawan ekstrem ” (copied)
Read them below or add one

  1. bantingboy says:

    semua orang nak jadi jutawan. JAnji kita buat kerja. Kalau tak, sampai bila2 takkan jadi jutawan.

  2. copernicus says:

    benar tu bantingboy… :)

    sebenarnya, ramai yang tidak perasan akan kepada 1 perkara. perkara yang sebenarnya adalah kuasa sebenar kepada kejayaan… iaitulah: ilmu bukan kunci kepada kejayaan yang sebenar. ia adalah jalan… tindakan terhadap ilmu adalah sebenarnya kunci kepada kejayaan….

    sebagai contoh… ramai para jutawan MLM yang saya temui… mereka hanya ada 1 persamaan (tidak kira walau di syarikat mana sekalipun mereka…) iaitulah: ilmu duplikasi. sangat-sangat benar… kepada rakan-rakan yang mahu berjaya dalam bidang MLM ataupun MLM online… ilmu duplikasi dan seterusnya aplikasi kepada ilmu itu sahaja, insyaALLAH akan dapat memastikan segala matlamat mereka dicapai…

    ilmu = jalan

    tindakan kepada ilmu = kunci ‘pintu kejayaan’

    p/s: 2 lagi matematik kejayaan… :)

    p/p/s: terima kasih Raja Kamil letakkan artikel ringkas saya di sini… :) moga-moga lebih dimurahkan rezeki lagi dan lagi…

Leave a Comment

Your Rating:
0 1 2 3 4 5

*