Salam takzim,
Seperti yang saya pernah utarakan dalam post mula-mula dulu, saya akan berkongsikan idea bisnes offline.
Post kali ini, menyentuh perniagaan yang boleh dilakukan di IPT.
Antara bisnes yang popular di IPT ialah, HotDog. Sebab apa ?
1. mudah nak buat
2. sedap dimakan
3. kos rendah
4. ramai peminat
Baiklah ini tips dari saya selaku x-penjual hotdog yg berjaya. Hehe, 1 malam senang2 je Rm100
Cara buat hot dog.
1. rebus jgn goreng, kerana rebus lebih cepat dan sedap berbanding goreng. Lagi satu, kalau rebus, guna heater pun boleh. Kalau goreng, nak kena pakai minyak. Minyak = $$$, rebus pakai air, air= FREE (pihat U bayar)
2. Wapkan sikit roti. Tak perlu beli roti hotdog mahal2. Rugi je. Beli yang murah, keras. Jadi penyelesaiannya, wapkan roti. {jgn sampai lencun dah le)
3. Sos. Guna sos yang agak cair. Cadangan saya, sos Siti Aminah. pergh… sedap tuu. Kalau nak jimat lagi, cairkan dengan air, tapi kena tambah gula dan garam sikit.
4. Mayonis? Secukup rasa
5. Sayur. Tak perlu sayur campur. Mahal. Pakai kobis atau/dan karet merah. Hiris halus-halus.
6. bungkus. Awas, jgn pakai wrapper plastik. Leceh dan hodoh kalau tak reti buat. Cukup pakai kertas bungkus berger. Kalau nak ganas, pakai kertas minyak yang bungkus nasi lemak tu. Kat tempat saya, kertas tu 3 sen sekeping
7. Jual dan ambil duit
Tips dari saya
Sebagai seorang student dan yang ingin kaya raya di IPT,kita kena smart. Sebab, student sibuk. Student miskin.
Mesti pelikkan, bagaimana saya mampu buat RM100 semalam dgn jual hotdog.
Ini rahsianya. Sebelum teruskan membaca, set dalam otak ” aku tak tamak”
Saya jual
Untuk buat 200 biji saya biasa ambil masa sehingga 1-2 jam. siap bungkus
Jadi, 1 hari, saya dah spend sehingga 2 jam. Herm, macam mana saya nak four flat, tu baru bungkus. Belum jual.
Di sebabkan masalah tu, saya biasanya buat dengan partner. Tp bukan 200, sebaliknya 400.Huhu, kalau ikut logik, masa akan tetap jadi 2 jam. Tapi hakikatnya TIDAK. Tak percya. Try lah
Ok, ni part crusial/’critical. MENJUAL. Satu hotdog, modalnya RM0.50 sahaja. Kalau jual RM1.50, untung sebiji ialah RM1. Kalau 200, dah RM200 satu malam. TAPI, ingat, jangan TAMAK.
Jadi ini tips nya. Outsource. Upah junior jual. Tolak kat dia sebiji RM1.00. Sorang 20 biji dah lah.
Macam mana nak cari “kaki”. Alah, apa susah, buatlah “iklan haram”, tampal kat setiap blog. Bagi no fon, nanti adalah orang call, dan cakap…. “bang, sya berminatlah nak TOLONG jual”.
Huhu, ops, jgn lupa, dalam iklan tu cakap macam ni…. ” keuntungan sehingga RM400 sebulan”. Pergh, siapa tak nak? Tul tak…
Tahu apa akibatnya kalau kita TAMAK nak jual sendiri. At least 2:30 jam baru habis. Biasanya tak habis, kerana bila sampai kat blog hujung, diorang dah tidur atau dah keluar makan.
Herm, itu sahaja Idea perniagaan di IPT.
Selamat Menjadi Kaya
Wassalam
Similar Posts:
- Idea Bisnes : Strategi Jual Hotdog aka Sosej
- Idea Bisnes : Apa barang berniaga di K.L
- TAG dari Titan- Berapa Duit Raya RK
- Jangan Jadi Seperti Gajah di Zoo
- Fenomena Teori Aku
Incoming search terms:
- roti hot dog (22)
- roti hotdog (20)
- jual hotdog (15)
- bisnes hotdog (13)
- jual sosej (12)
- bisnes hot dog (2)
- hot dog rebus (2)
- goreng hot dog (1)
- roti sosej rebus (1)
- roti sosej jual (1)
good tips bro, kat mana-mana pon boleh praktikkan
terima kasih, yep. Boleh di guna di mana-mana
hm.. kat U aku ada dah org jual sosej ni. (nk sebut hotdog geli beb). Memang untung kat sini 2 kali ganda sbb depa jual start atas 12 mlm.
Orait. cuma satu aku nak bg pendapat dan pandangan selaku minat business jugak. Pastikan korang beli sosej tu yang betul2 sah HALAL nye. sbb aku dpt tau kat sini ada yang beli sosej paling murah yang takde cop HALAL. Thats my point.
So jual je apa-apa pun asalkan kaga kualiti paling penting. Selamat praktikkan. Thanks to kamil for this info
Sos Siti Aminah ada ke kat SAbah??