Ads by RK   Pecah Beling          Ghost Story          Kongsi Iklan          Rahsia USD50 Sehari           eBay

Archive for the “idea” Category


Jam laptop aku menunjukkan pukul 5:04 AM. Hari ini, entah mengapa tak boleh nak lelap mata. Selepas solat tahjjud dan sedikit update untuk page http://rajakamil.com/iklan aku tefikirkan apa yang telah aku borak-borak dengan seorang kawan hampir setengah tahun yang lepas.

Antara perkara yang kami borakkan ialah, apa rahsia mamak. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, orang mamak ini, networkingnya sangat hebat.

Baiklah, aku akan bawa satu case study (not real, but practical)
Marwan seorang saudagar dari India bercadang ingin membuka restoran Roti Canai Kari Kepala Ikan. Dengan modal yang agak terhad, Marwan berjumpa dengan pengurusi sebuah persatuan mamak.
Setelah beberapa kali berbincang, pengrusi tersebut bersetuju untuk memodalkan Marwan, tapi dengan syarat. Syaratnya, Marwan mesti mengambil bekalan dari persatuan tersebut.

Marwan bersetuju. Setelah melihat harga-harga bahan mentah, Marwan mendapati, harga bahan mentah tersebut, jauh lebih murah jika dia sendiri mendapatkannya, walaupun di Giant Manjung atau Econsave Setiawan.

Persoalannya. Bagaimanakah persatuan tersebut dapat membekalkan harga bahan mentah yang sangat murah kepada Marwan ?

Jawapannya sangat mudah.
Baiklah, aku tanya satu soalan. Bagaimana kau nak dapatkan harga murah?
Jawapannya, beli SUPER borong. Maksudnya, beli barang-barang dengan sangat banyak.
Jika itu sahaja belum boleh buat harga bahan mentah murah gila-gila.

AWAS !!! :SILA BACA BETUL-BETUL DI BAWAH INI
Sebenarnya, bukan Marwan seorang yang meminta bantuan daripada persatuan itu. Beitu juga dengan persatuan mamak, mereka bukan hanya membekalkan bahan mentah kepada 10, 20, 30 orang, bahkan beratus-ratus orang.

Cuba kau kira ini.
Harga Runcit Beras 10KG = RM30
Harga Borong Beras 10KG = RM8
Harga SUPER Borong Beras 10KG = RM5
(Anggaran kasar)

Daripada harga di atas sahaja kau dah boleh nampak.

Itu yang PERTAMA.

Yang KEDUA
Kau tahu kenapa peruncit tak nak buat sos cili jenama dia sendiri ? Sebabnya, kos pembuatan adalah tinggi.
Lagi satu, siapa yang nak beli sos cili kau? Apa hebatnya kau sehingga orang nak beli sos cili kau.
Ya, masalah utama ialah PASARAN.
Jika aku nak buat sos cili sendiri, kos sebotol (kecil) mungkin jatuh RM3.00, itupun jika aku buat untuk 100 botol di mana, aku adalah mandur, kuli cuci botol dan aku jugalh mesin masukkan sos cili dalam botol.
Tapi, bagi persatuan mamak, mereka boleh menghasilkan sos cili mereka dengan yakin kerana PASARAN tetap sudah ada. Siapa ? Sekurang-kurangnya sudah ada 100 pemilik restoran yang akan ambil dari Persatuan Mamak itu.
Jika setiap pemilik restoran tadi mengambil stok 30 untuk sebulan, sekurang-kurangnya 3000 botol sos cili sudah berjaya dipasarkan.
Ingat, itu baru 100.

Yang Ke-3
Bahan mentah dari ladang sendiri. Aku ada perasan dalam komen di bawah memberitahu bahan mentah diimport terus dari India. Ya, betul tapi bukan semua.
 Aku teringat di suatu kawasan di Batang Kali, Selangor, ada masyarakat India menanam pokok kari. Betul-betul sebelah jalan besar.
Agak-agak kaulah, apa kau akan buat dengan daun kari banyak-banyak? Nak giling kari pun tak reti !
Sama seperti Yang Kedua tadi, cutting cost. Mereka cuba semaksimum mungkin memotong kos-kos bahan mentah.

Mari sama-sama kita listkan kos-kos bahan mentah :

  1.  Bahan mentah itu sendiri
  2. Kos Storage
  3. Kos pengangkutan dari satu kawasan ke kawasan yang lain
  4. Kos pemprosesan (mesin)
  5. Kos buruh
    1. Manager
    2. Mandur
    3. Teknisyen
    4. Pekerja Senior
    5. Pekerja Junior
Itu jika kau OUTSOURCE tugas-tugas mendapatkan bahan-bahan mentah. 
Dengan memiliki sendiri sumber bahan mentah, mari kita tengok, apa yang kau boleh POTONG (Cutting cost)

  1.  Kos pengangkutan, kau boleh jimat bila kau sendiri yang bawa ke suatu tempat. Mungkin ada meeting.
  2. Mesin mungkin kau tak perlu. Kalau perlu abaikan ini.
  3. Kos buruh. Kau tak perlu manager, mandur dan pekerja senior. Kalau tak pakai mesin, teknisyen pun tak payah. Kalau kau nak tahu, inilah salah satu cara Air Asia, hieraki pekerja tu tidak banyak lapisan.
Sebenarnya banyak lagi rahsianya.

PS: Memang lah kau tak nak bukak restoran mamak, tapi takkan kau taknak beli apa-apa jenis bahan mentah atau barang-barang dengan harga yang jauh lebih murah ?

PSS: Aku bukan economist, aku punya post ini adalah pandangan peribadi aku melalui borak-borak dengan orang-orang tua. Borak-borak masa tunggu teksi, tunggu bas, lepak-lepak dengan pakcik-pakcik kat luar surau dan tempat-tempat lain. Dengan mamak? Aku hanya berkawan dengan mamak ketika aku kecil dahulu, sekarang dah takde mamak kat tempat aku melainkan di kedai mamak.

PSSS: Sebenarnya, aku peminat ayam goreng mamak, sebab BESAR

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz

Comments 22 Comments »

Salam Ramadhan.

Kau pernah dengar tak orang dapat pancing ikan jaws dengan hanya guna umpan cacing.
Kalau fikir betul-betul, manakan logik dapat pancing ikan jaws dengan umpan cancing.

Mari aku ajar kau bagaimana.
Mula-mula, kau setupkan joran kau dengan umpan dan segala macam. Lepas tu, kau tangkap lah anak ikan.

Dah sudah tu, kau guna anak ikan untuk jadikan umpan ikan besar.

Then, kau guna ikan besar tu sebagai umpan untuk tangkap ikan yang lebih besar.

Ulang proses di atas, sehingga kau dapat pancing ikan yang lebih besar.

Owh ya. Jika joran kau tu lopek, memang tak logiknak pancing ikan jaws. Apa yang kau perlu buat ialah, bila kau dapat pancing ikan besar, kau jual lah. Ulang sehingga dapat beli joran yang tak lopek.

Erm, aku bukan kaki pancing apatah lagi kaki botol.
Apa yang aku nak terangkan ialah, kau boleh dapatkan duit yang lebih banyak dengan hanya duit yang sedikit. Tidak perlu kau belanjakan wang beratus/beribu/berjuta ringgit.

Jika kau masih tak faham. Aku sarankan, kau baca lagi dan lagi dan lagi, sampai kau faham.

Faham?

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz

Comments No Comments »

#1 side ijamidayubanner expired on 13 Feb2009
#2 side ijamidayu banner expired on 13 Jan 2009
#3 side Nex expired on 14 Dec 2008
#4 top Nex expired 15 Dec 2008
#5 top Zyan expired om 17 Dec 2008
#6 side Zyan expired on 19 Dec 2008