Ads by RK   Pecah Beling          Ghost Story          Kongsi Iklan          Rahsia USD50 Sehari           eBay

“Haiya, budak-budak zaman sekarang lor, lain dengan dulu”
“Mat rempit”
“Pakai seluar dengan tali ponggong”
“Seluar jean yang dikoyakkan di bahagian lutut”

TREND
TREND
TREND

Kau tahu tak, istilah trend hanyalah istilah yang direka untuk mengaburi mata kita.
Dalam post kali ni, aku nak beritahu kau tentang sebuah teori yang aku lama dah dok fikir.
Ia dinamakan Teori Fenomena.
Menurut pemerhatian aku, teori fenomena ini sangat-sangat berguna untuk marketing, promosi dan seterusnya meningkatkan sebarang jualan. Kau pernah dengar tak perkataan “BRANDING”. Mengikut Teori Fenomena, BRANDING merupakan satu elemen yang penting. Asasnya adalah sama. Wujudkan jenama.

Baiklah. Mungkin kau kurang faham. Mari aku bawa satu case study.

MINYAK ANGIN CAP YUYI
Pernah dengar minyak angin cap yuyi? Jika tak silap aku, iklan tentang minyak angin cap yuyi ni sering kedengaran di corong-corong radio seperti ERA. Aku tahulah. Pada tahun 2003, tahun aku mengambil SPM, aku ke sekolah naik bas sekolah. Bas tu slalu pasang radio era. Sebab tu aku tahu. Kalau tak jangan harap nak dengar radio ERA ni.

Pergi kedai, ada minyak angin cap yuyi. Pergi sana ada. Pergi sini ada. Pendek kata, mana-mana ada. Bila ada bayi meragam, mesti ibu-ibu (pada masa itu) tanya, tak guna minyak angin cap yuyi ke? Bagus tu untuk bayi perut kembung. Sampai macam tu sekali.

Case Study 2. MILO
Siapa yang tak tahu MILO tu apa. Bohong lah kau kalau tak tahu MILO tu apa.
Sama juga. Pergi mamak sana, order MILO. Pergi mamak sini, order MILO.
Sana MILO. Sini MILO (ulang 33x)

Bila minum VICO pun, ramai yang akan kata minum MILO. Pernah kau dengar orang order kat kedai makan, VICO ais satu (dengan menjerit kepada bai yang mengambil order).

Tutup case study.

Faham tak sekarang? Jika kita perhatikan betul-betul, mana-mana produk yang sering kita dengar atau lihat, tak kira radio, tv atau kat kedai sekalipun. Pasti produk itu akan menjadi antara produk yang diyakini pengguna. Walaupun hakikatnya, ia merupakan produk SAMPAH.

Baiklah. Jadi bagaimana dengan Teori Fenomena ini akan membuatkan produk kau laku?
Buat HEBOH
Mudah sahaja. Jadikan produk kau sering menjadi bualan orang.
Kau tahu tak, salah satu tektik kotor orang meniaga makanan (biasanya gerai-gerai diPesta Konvo) ialah, mengajak seramai mungkin kawan-kawan dia meramaikan ruang depan kedai. Bila orang tengok kedai tu penuh, biasanya orang akan pergi.

Jadikan PRODUK/JENAMA sering dilihat
Jika kau buat produk offline. Jadikan produk/jenama kau sering dilihat di mana-mana.

  1. di dinding kedai
  2. tempat tunggu bas
  3. di TV
  4. di akhbar
  5. di majalah
  6. di mana-mana

Jika produk kau online. “spam secara beretika”. Di dalam blog kau sendiri. Di forum-forum (signiture). Di blog kawan-kawan (pada bahagian komen). Upah kawan-kawan kau untuk puji kau (tak tahu malu).

Kesimpulan
Mengikut Teori Fenomena ni, kau akan sentiasa dibayangi “indah khabar dari rupa”.
Berapa banyak dah kau beli eBook yang takde landung value. Tapi kau beli sebab ia kedengaran hebat. Berapa banyak orang tertipu beli mesin urut kaki. Kononya kau akan jadi kuat jika menggunakan mesin urut kaki. Kau akan jadi sihat. Semuanya sebab “indah khabar dari rupa”.

Jadi, aku nasihatkan kau, bila jual sebarang produk, pastikan kualitinya dahulu. Baru harga. Kau fikirlah, bila orang beli produk kau, dan dia mengharapkan benefit dari produk tu. Tapi, harapan tinggal harapan.

Apa yang aku nak sampaikan dalam Teori Fenomena ini ialah. Kau dah tiada alasan untuk berjaya menjual produk kau.



Similar Posts:

Post ini ditaja oleh

Printable Sudoku Puzzles

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz
#1 side ijamidayubanner expired on 13 Feb2009
#2 side ijamidayu banner expired on 13 Jan 2009
#3 side Nex expired on 14 Dec 2008
#4 top Nex expired 15 Dec 2008
#5 top Zyan expired om 17 Dec 2008
#6 side Zyan expired on 19 Dec 2008