Ads by RK   Pecah Beling          Ghost Story          Kongsi Iklan          Rahsia USD50 Sehari           eBay

Salam hormat,

Hari tu kita dah buat hot dog. Lepas buat hot dog, dah kaya kita melancong pula ke Adelaide.
Huhu.
Tapi, kita tak puas hati dengan apa yang kita dapat.
Owh ya, sebut tentang puas hati, Islam tidak melarang ummatnya membuat sesuatu bersungguh-sungguh. Bahkan ada sebuah hadis di riwayatkan dari Isteri Rasulullah, Saidatina Aisyah R.A, yang mana mafhum hadisnya berbunyi, “orang beriman itu, apabila melakukan sesuatu, ia melakukan secara bersungguh-sungguh”.

Jadi, tidak perlu timbul, kita kena cukup-cukup (qan’ah) dalam hidup. Baik, saya tak nak kupas isu ni (sekurang-kurangnya buat masa ni).

Ini adalah idea sahaja. Jika bertanya kepada saya, “…hang dah cuba ka?”. Jawapan dia, TAK.
Begini sebenarnya, pernah tak anda beli nasi lemak berharga RM1 ?
Pernah tak beli air berharga RM1 ? Adakah anda bising-bising ” mahal seh~”, selepas membuat pembayaran? Jarang bukan? Kalau ada pun, mla-mula je.
Tapi apa kata, kalau barang-barang di atas, anda dapatkan di K.L ? Sudah tentu anda kata ia murah.

Ini idea saya, jual lah apa sahaja di K.L pada harga RM1. Saya cadangkan, makanan. Sebab semua orang makan dan minum. DI bawah secebis idea yang saya dapat ketika berjalan-jalan di K.L

1.  Jual karipap, 3 - RM1. Tak perlu buat besar-besar.
2. Jual kuih, 3 - RM1. Tak perlu buat besar-besar. (hehe, saya asingkan karipap dengan kuih sebab saya suka makan karipap)
3. Jual nasi lemak, telur takde, timun je, Sambal sikit tapi manis2 pedas (pergh, ma favaourite )
4. Jual air, guna plastik. Kalau pakai cawan plastik (kos). Jangan guna air paip ( saya benci orang menipu )
5. Jual fishball, sotong ball, ketam ball dan macam-macam ball lagi. Satu lidi, ada 3 biji. Ops, ini tips maut, bebola-bebola tu potong 2 tau. kiranya, 1 lidi sebenarnya ada 1 setengah bebola lah.
6. Keropok lekor
7. semua jenis makanan akan laku di K.L ni.

Macam mana? Ok tak? Owh ya. Kalau anda risau dengan lesen, jgn risau sangat. Sebab bila risau sangat, satu benda pun tak buat.
Anda jual/jaja sahaja di K.L tu. (cuba tengok orang Indonesia, mereka rilex je), kalau kena rush, cuba lari selaju yang munkin tanpa meninggalkan barang-barang jualan anda. Kalau tak mampu, takpe, PASRAH.
Sebab apa? Apabila anda ditangkap, anda akan di saman. Bila disaman, anda akan diberi tahu, kepada siapa kita perlu bayar saman tu. Biasanya, tukang kutip saman, adalah mereka yang bertanggungjawab memberi lesen kepada penjaja.

Bagaimana? Dapat idea kasar (rough idea). Jadi kreativ, kembangkan dan olahkan idea saya di atas menjadi sebuah idea anda yang unik.

Baiklah. Selamat kaya !

Wassalam

Similar Posts:

Post ini ditaja oleh

Printable Sudoku Puzzles

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google
  • E-mail this story to a friend!
  • Yahoo! Buzz
#1 side ijamidayubanner expired on 13 Feb2009
#2 side ijamidayu banner expired on 13 Jan 2009
#3 side Nex expired on 14 Dec 2008
#4 top Nex expired 15 Dec 2008
#5 top Zyan expired om 17 Dec 2008
#6 side Zyan expired on 19 Dec 2008