News for August 2008

Fenomena Teori Aku

“Haiya, budak-budak zaman sekarang lor, lain dengan dulu”
“Mat rempit”
“Pakai seluar dengan tali ponggong”
“Seluar jean yang dikoyakkan di bahagian lutut”

TREND
TREND
TREND

Kau tahu tak, istilah trend hanyalah istilah yang direka untuk mengaburi mata kita.
Dalam post kali ni, aku nak beritahu kau tentang sebuah teori yang aku lama dah dok fikir.
Ia dinamakan Teori Fenomena.
Menurut pemerhatian aku, teori fenomena ini sangat-sangat berguna untuk marketing, promosi dan seterusnya meningkatkan sebarang jualan. Kau pernah dengar tak perkataan “BRANDING”. Mengikut Teori Fenomena, BRANDING merupakan satu elemen yang penting. Asasnya adalah sama. Wujudkan jenama.

Baiklah. Mungkin kau kurang faham. Mari aku bawa satu case study.

MINYAK ANGIN CAP YUYI
Pernah dengar minyak angin cap yuyi? Jika tak silap aku, iklan tentang minyak angin cap yuyi ni sering kedengaran di corong-corong radio seperti ERA. Aku tahulah. Pada tahun 2003, tahun aku mengambil SPM, aku ke sekolah naik bas sekolah. Bas tu slalu pasang radio era. Sebab tu aku tahu. Kalau tak jangan harap nak dengar radio ERA ni.

Pergi kedai, ada minyak angin cap yuyi. Pergi sana ada. Pergi sini ada. Pendek kata, mana-mana ada. Bila ada bayi meragam, mesti ibu-ibu (pada masa itu) tanya, tak guna minyak angin cap yuyi ke? Bagus tu untuk bayi perut kembung. Sampai macam tu sekali.

Case Study 2. MILO
Siapa yang tak tahu MILO tu apa. Bohong lah kau kalau tak tahu MILO tu apa.
Sama juga. Pergi mamak sana, order MILO. Pergi mamak sini, order MILO.
Sana MILO. Sini MILO (ulang 33x)

Bila minum VICO pun, ramai yang akan kata minum MILO. Pernah kau dengar orang order kat kedai makan, VICO ais satu (dengan menjerit kepada bai yang mengambil order).

Tutup case study.

Faham tak sekarang? Jika kita perhatikan betul-betul, mana-mana produk yang sering kita dengar atau lihat, tak kira radio, tv atau kat kedai sekalipun. Pasti produk itu akan menjadi antara produk yang diyakini pengguna. Walaupun hakikatnya, ia merupakan produk SAMPAH.

Baiklah. Jadi bagaimana dengan Teori Fenomena ini akan membuatkan produk kau laku?
Buat HEBOH
Mudah sahaja. Jadikan produk kau sering menjadi bualan orang.
Kau tahu tak, salah satu tektik kotor orang meniaga makanan (biasanya gerai-gerai diPesta Konvo) ialah, mengajak seramai mungkin kawan-kawan dia meramaikan ruang depan kedai. Bila orang tengok kedai tu penuh, biasanya orang akan pergi.

Jadikan PRODUK/JENAMA sering dilihat
Jika kau buat produk offline. Jadikan produk/jenama kau sering dilihat di mana-mana.

  1. di dinding kedai
  2. tempat tunggu bas
  3. di TV
  4. di akhbar
  5. di majalah
  6. di mana-mana

Jika produk kau online. “spam secara beretika”. Di dalam blog kau sendiri. Di forum-forum (signiture). Di blog kawan-kawan (pada bahagian komen). Upah kawan-kawan kau untuk puji kau (tak tahu malu).

Kesimpulan
Mengikut Teori Fenomena ni, kau akan sentiasa dibayangi “indah khabar dari rupa”.
Berapa banyak dah kau beli eBook yang takde landung value. Tapi kau beli sebab ia kedengaran hebat. Berapa banyak orang tertipu beli mesin urut kaki. Kononya kau akan jadi kuat jika menggunakan mesin urut kaki. Kau akan jadi sihat. Semuanya sebab “indah khabar dari rupa”.

Jadi, aku nasihatkan kau, bila jual sebarang produk, pastikan kualitinya dahulu. Baru harga. Kau fikirlah, bila orang beli produk kau, dan dia mengharapkan benefit dari produk tu. Tapi, harapan tinggal harapan.

Apa yang aku nak sampaikan dalam Teori Fenomena ini ialah. Kau dah tiada alasan untuk berjaya menjual produk kau.


Edited: August 27th, 2008

888 – Tagged From Nuaeman.com

Aku sebenarnya tak berapa faham apa tujuan tag ni. Tapi, apa yang aku pasti, kalau orang tu kena tag, dia wajib jawab. Soalan yang bewarna merah tu. Jawapan yang bawah dia. Troublesome betul lah . . . ni nuaeman punya kerja la nih.

Sebab banyak sangat soalan tanya “senaraikan 8…. yang kau paling…”
Jadi, tajuk post ni pon aku letak 888 (nombor kurafat).

1) What is the most important thing in your life?
Kalau “most”, jawaban dia mesti ada satu je. Tiada yang “most” melainkan Allah. Dia maha “most”.

2) What is the last thing that you bought with your own money?
Malam tadi, nasi lemak kukus kat sitchik masa balik dari halaqah. 1 makan kat kedai. 2 bawak balik makan dengan wife.

3) Where do you wish to get married?
already

4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
tak pasti tapi aku harap forever.

5) Are you in love?
Yes. I’m in love with ma wife. I’m in love with ma work.

6) Where was the last restaurant you had dinner?
Sitchik & Rahmath kat Tronoh.

7) Name the latest book that you bought?
Komitmen Dai Sejati – Muhammad Abduh

8 ) What is your full name?
Raja Mohd Kamil Raja Rosli

9) Do you prefer your mother or father?
Both.

10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Kalau dah tiada boleh ke? Rasulullah.
Kalau tak boleh, aku nak jumpa Ismail Haneiyah atau Mohd Akif.

11) Christina or Britney?
Both. Nak kenalkan dia dengan wife. Mana lah tahu dapat hidayah ;)

12) Do you do your own laundry?
Bulan lepas ada sekali

13) The most exciting place you want to go?
Masjid Al-Aqsa

14) Hugs or kisses?
Both

15) Point out 5 things about the person who tagged you. -
Ahmad Fairoz Daud

  1. Dah kawin
  2. Dah Jadi bapak orang
  3. Tak suka makan gaji
  4. Pandai bawak kereta
  5. Baik hati, pernah nak tolong aku

16. 8 things I am passionate about

  1. My wife
  2. Teknologi Komputer
  3. Bintang
  4. Al-Quran
  5. Anak
  6. Internet
  7. Halaqah
  8. Friends

17. 8 things I say too often

  1. adeh
  2. huhu
  3. ?
  4. aku
  5. kau
  6. ana
  7. anta
  8. sayang

18) 8 books I’ve read recently:

  1. Komitmen Dai Sejati
  2. Total Motivasi
  3. Keluarga Hasan Al Banna
  4. Syabab
  5. Tautan Hati

19. 8 songs I could listen to over and over again

  1. Kenangan Indah
  2. Rasulullah
  3. Sang Murobbi
  4. Bebaskan Palestina
  5. Pewaris Negri
  6. Ruhul Jadi
  7. Merah Saga
  8. Ghuraba

20) 8 things I learned last year:

  1. Wangcyber is not for scammer
  2. Boleh buat duit dekat tenet
  3. Kahwin tu best
  4. Ibu mengandung lebih kuat makan dari bapa
  5. Bekorban satu kemestian
  6. bukan semua orang kat dunia ni jahat
  7. Aku ni tak suka civil engineering
  8. Aku suka teknologi

21. 8 People to tag   -  erm, aku tak tahu lah sape nak tag

  1. aku
  2. saya
  3. gue
  4. beta
  5. patik
  6. hamba
  7. awak
  8. ana

Edited: August 26th, 2008

Ustaz, boleh saya qamat …..

Pagi tadi, aku ke masjid. Datang sebelum azan subuh. Tepat 5:53 azan berkumandang di masjid An Nur, UTP.
15 minit selepas itu, aku dah mula risau. Ye lah, orang nakal tak alim macam aku mana nak duduk masjid lama-lama. Sorangsorang ahli jemaah masuk masjid. Bagus lah kan, tapi apa yang aku anginkan ialah, dah lah datang lambat. Datang-datang pergi ke saf depan, lepas tu solat sunat.

Kau nampak macam bagus lah kan? Tapi, bagi aku, orang macam tu tak bertimbang rasa. Kalau nak solat sunat, datanglah awal. Siot je. Tapi, aku sedapkan hati aku dengan mengatakan yang orang tu bodoh jahil.

Erm, kesian….. Kau perasan tak, yang gejala ni bukan sahaja berlaku di Masjid An-Nur, UTP je, bahkan satu Malaysia.

Kalau kau nak tahu, solat nafilah (sunat) ni afdhal dibuat di rumah. Terutama rawatib, sebelum atau selepas solat fardu.

Di bawah adalah solat-solat nafilah (rawatib sahaja) yang muakkad :

1. Before Subuh
2. Before and After Zuhur
3. After Maghrib
4. After Isya’

Concern ar sikit…………

Edited: August 20th, 2008

6 Pelaburan Terbaik (soalan dari Yazid, juniorim.com)

Adeh, apsal lah kau tanya aku Yazid ?
Aku tak pandai nak mengayat sebenarnya. Nak bagi penerangan pun tak berapa reti. Aku listkan jelah ye.

  1. Kahwin
  2. Rumah
  3. Kereta (repair)
  4. HP NEC
  5. Quran
  6. Hosting + Domain

Kau tahu, total hantaran + mas kahwin aku RM4080. Apa aku dapat dgn investments sbyk RM4080 tue??

  1. isteri (yg terel wat nasi lemak)
  2. kereta berusia 10 thn (wlaupun dh nazak tp byk menyumbang dlm kehidupn seharian aku)
  3. respek dari famili (aku berusia 20 tahun ketika bernikah)
  4. anak yg bijak & comei..(7/1/2008 aku dapat anak)
  5. dan rezeki yang takputus-putus hingga sekarang.

Kau tahu, sehingga kini, jumlah yang aku dapat hasil dari internet bisnes ialah lebih RM10k.

Edited: August 19th, 2008

Jangan Jadi Seperti Gajah di Zoo

Tahukah kau, gajah di zu, kakinya tak diikat. Memang ada rantai besi yang ikat kat kaki dia. Tapi cuba kau fikir, ingat gajah besar tu lembik ke? Sekali sentap je, habis putus.

Apa yang aku nak sampaikan ialah, gajah kat zu ni kena psyko je.
Kalau tak silap aku, masa mula-mula je diorang ni kena ikat betul-betul.
Lepas dah bagi makan, bagi tempat tido, bagi pasangan, gajah-gajah ni pun berfikir, buat apa nak lawan manusia ni. Semua aku dah dapat.

Jadi, korang jangan jadi macam gajah dalam zu.

Zu=Zoo

Edited: August 18th, 2008

Kalau ikhlas, kenapa . . .

Ni pendapat aku lah….

Kalau betul lah seseorang itu ikhlas memberi benda-benda PERCUMA, kenapa nak kena isi email, nama dan apa benda ntah.

Nak tahu sebab-sebabnya ?

kalau nak tahu (more…)

Edited: August 18th, 2008

Aku hanya percaya . . .

“Aku hanya percayakan ikhwah…… “, tingkah Kamil dalam satu pengisian.

Kenapa ? Selain daripada keluarga (tak semua), tak siapa yang Kamil percaya. Bila dia tertinggal dompet yang berkepuk dengan not-not RM50 di bilik kawan-kawan, mesti dia risau. Tak senang duduk, bagai cacing kepanasan. Bila berbicara dengan mereka, jarang mendengar perkataan yang membangkit rasa semangat dan cintakan Allah. Duit, wanita, hiburan dan mungkin ada sedikit isu semasa – politik kotor. Bila bergurau senda, pasti ada yang terasa, mana taknya , kata-kata seperti “gemok macam tong”, “handsome macam Shah Ruh Khan” dan “macho seperti batman” sering dituju pada diri yang tak seberapa ni.

Tapi, bila dengan ikhwah …….. Segalanya, terbalik. Pernah tak bila tertinggal dompet, handphone mahal, laptop dan segala benda yang mahal kau masih berasa senang? Ya, ada. Walaupun berminggu-minggu Kamil tertinggal barang-barang berharga tu, dia tak kisah. Sebab apa? Sebab barang-barang tu berada dengan ikhwah.  Cuma satu je yang slack kat ikhwah ni. Diorang tak pandai bawak kereta. Tak profesional. Merbahayakan. Biar lambat asal selamat sentiasa disalah ertikan.
Alhamdulillah !

Siapa ikhwah tu ? Apakah ganti diri bagi ikhwah ? DIa ? Mereka?

Edited: August 18th, 2008

Kata ganti diri. Ada masalah ?

Dalam berkomunikasi, kata ganti diri memainkan peranan yang agak penting. Kalau tidak, agak sukar orang yang berbicara dengan kita memahami maksud ayat.

Ada 3 level bagi kata ganti diri.

Kata ganti diri Pertama – aku, saya, beta, patik, mika, hamba, ambo dll
kata ganti diri Kedua – kau, awak, kamu, anda, hang, mu, dll
kata ganti diri ketiga – dia, mereka, diorang, depa, dll

Jadi, ada masalah kalau saya gunakan “aku” dalam post2 akan datang ?

Edited: August 17th, 2008

Buat Duit Tutorial

Salam,

Seperti yang dijanjikan, saya akan beritahu cara-cara buat duit dengan meng”search” ini. Atau dalam bahasa inggeris dipanggil Pay Per Search (PPS).

Sebelum tu, ini earning saya setakat ini.

Huhu, tak banyak lagi.

Baiklah, selepas anda mendaftar, anda akan dibawa ke page seperti di bawah.

Scroll ke bawah sehingga jumpa ” Set your search box ”
Klik pada “Click here to change your search box”.

Sebuah popup akan keluar, klik pada kotak kecil dan klik “Add”. Lihat gambarajah dibawah

Jika anda perasan, kotak search di toolbar anda akan berubah seperti berikut (lihat gambar)

Selesai, mulai hari ini, jika anda ingin search apa-apa, gunakanlah kotak search itu.
Dapat duit.

Ps: jika anda menggunakan komputer di cyber cafe, instal lah bendalah ini di semua komputer yang anda guna. Kot-kotlah orang lain guna search engine tu, anda pun dapat tumpang sekaki hasilnya.

Selamat mencuba

Edited: August 15th, 2008

Hidup Untuk Memberi

Assalamualaikum w.b.t dan salam kemaafan;
Post kali ini saya ingin membuat satu aktiviti yang menarik buat pembaca sekalian. Tajuk aktiviti ini ialah, Hidup Untuk Memberi.
Baiklah ini adalah caranya, kebanyakan anda mempunyai produk-produk digital PERCUMA. Apa kata, kita kongsikan ia dengan pembaca-pembaca blog masing.
Sebelum kita mula, ini syarat-syaratnya :

  1. ikhlas
  2. direct download, bukan kena masuk nama dan email baru download
  3. dah update dalam blog anda, beritahu saya di ruangan komen supaya saya boleh update list sy

Ini adalah produk hebat saya, anda boleh dapatkan di :

  1. Membuat Banner Warning – http://rajakamil.com/download/wbc0102.zip
  2. Produk Percuma Bulan Ogos – http://www.mohdsufian.com/produk-percuma/produk-percuma-bulan-ogos.html
  3. Salam Maal Hijrah dan Tahun Baru – http://www.mohdsufian.com/umum/salam-maal-hijrah-dan-selamat-tahun-baru.html
  4. Mencari Niche Market – http://www.mohdsufian.com/niche-market/mencari-niche-market.html

Edited: August 13th, 2008