Peluang Perniagaan di KL Sentral
Salam, dalam kekalutan untuk balik dari rumah seorang kawan di Banting, otak ini masih sempat memikirkan idea-idea perniagaan. Ya lah, daripada dok termenung je dalam bas. Baik “mikior”.
Eh, Raja Kamil naik bas? Hehe, sebenarnya, tak ada salahnya naik bas. Setelah megambil kira banyak faktor, saya mersakan bahawa perjalanan dengan bas adalah yang terbaik.
Sedikit tips untuk memilih kenderaan pada satu-satu travel.
- Duit
- Masa
- Keselesaan
Ok lah, seperti post di atas, saya kini (semasa menaip post ni) sedang berada di KL Sentral.
Untuk pengetahuan pembaca, surau kat KL Sentral ada 2.
Tingkat 1 – sesak dan berbau (bau kaki)
Tingkat 4 – kosong dan tenang, bau pun takde
Lagi satu, pengawal kat KL Sentral ni berdedikasi, kalau diorang nampak kita pakai plug, diorang akan sound.
Sebab tu saya naik surau tingkat atas, takde sesiapa nak sound.
Ops… sebelum melalut lebih jauh, saya hentikan sebentar cerita pasal KL Sentral aka Sentral Kuala Lumpur.
Tentang peluang yang saya lihat.
Jika anda menaiki bas ke KL Sental, anda terpaksa melalui sebuah kawasan berkhemah dimana para penjual menjual pelbagai cenderahati. Apa yang saya lihat ialah, cenderahati-cenderahati yang ada kat khemah tu, agak murah (saya yakin saya boleh dapat murah lagi
). Jika anda tiada produk untuk dijual dibawa balik ke kampung, anda boleh dapatkan di situ.
Kemudian, jika sesiapa perasan, tidak ada sebuah kedai Melayu apatah lagi Muslim di kawasan jualan tersebut. Untuk peringatan semua, masyarakat Islam, khususnya Melayu sangat-sangat menitik beratkan soal halal haram, walupun dirinya solat pun tak pernah. Jadi, kalau jual makanan kat situ, pergh…. sure laku. Apa kata mula dengan jual kecil-kecilan
. Bagi yang tinggal berdekatan dengan KL Sentral, fikir-fikirkanlah.
Apa? Tak ada permit? Tahukah anda, hampir semua gerai tepi jalan kat Kota KL tiada permit.
Bukan saya kata jangan ambil permit, tapi nanti-nati lah. alu dok tunggu nak sempurna itu ini, sampai bila pun tak mula
.
Ok?
Itu sahaja, doakan perjalanan saya berjalan dengan lancar.















July 7th, 2008 at 2:51 pm
yup.. thats true.. surau kat bwh tgga tuh btul2 bsuk bau kaki la.. tpi xpenah pun tau de surau lgi 1 kat tgkt 4? huhu.. lgi stu psal sentral kalu kt bli mknn kat ats 2 sme jgk nilainye kalu kte mkn kfc.. lgi sdap mkn kfc kn?kn? o ye.. hrp abg dpt ank yg sht wlfiat.. smoga sukses slalu..
July 16th, 2008 at 11:23 pm
bukan xnak. tapi sewa tu mahal maa. kekadang, tak dapat return.